Posts

Showing posts from 2014

Moga Terus Sado (MTS)

Image
Bismillah , Hmm, melihatkan betapa ramainya kengkawan saya update-update status tulis hashtag #RoadToFinal makanya saya juga tidak mahu terlepas . Kah ! 1 minggu lagi berbaki untuk FINAL EXAM , jadi saya dengan tanpa segan silunya naklah juga berkongsi tips-tips yang membina dan membantu geng-geng semua yang nak dekat FINAL dah ni . Tips Hadapi Detik-Detik Emergency Final Nak Dekat : 1) Banyakkan baca Al-Quran Cuba untuk disiplinkan diri lepas solat baca satu muka surat pun dah okay . 2) Sentiasa senyum dan pandang cermin kata "Allah kan ada :)" sambil buat muka kiut . Buat perkara atas ni tiap-tiap hari  pagi-pagi sebelum gerak ke kuliah atau nak start study . 3) Banyakkan bersenam Buat senaman ringkas je ,cuba cari masa keluar rilekskan minda pandang pokok ,main basikal dan panjat Broga *ni option je . Haha 4) Banyakkan berdoa kepada Allah Yang Maha Bijaksana  Nak pandai, nak cepat pick-up study last minute banyakkan berdoa biar Allah mudahkan perancangan...

Kerana hakikatnya begitulah .

Bismillah , Lama benar tak update di blog ini. Sempat singgah sebentar-sebentar sahaja . Alhamdulillah, sudah 5 bulan saya ditaklifkan sebagai S/U 1 SekreFaST (Badan Pelajar) banyak perkara baru yang saya pelajari . Boleh dikatakan setiap hari pasti ada sahaja perkara baru . "Life is not always a bed of roses" Jujur saya agak risau akan akademik saya , kadang-kadang ada juga terlupa akan quiz dan test yang akan dijalankan . Assignment ada juga yang terlepas pandang . Mujur ada ibubapa dan  kawan yang prihatin akan diri ini . Serius sedih sangat rasa . Cemburu . Bila melihat yang lain boleh belajar Belajar dan belajar Tarikh kuiz dan test berlegar di kepala mereka Mereka tak risau apa2 pun melainkan perkara2 akademik Kadang terbit rasa aku mahu juga merasai bagaimana kehidupan seperti itu Tapi difikir semula apalah erti mahasiswa jika hanya berputar dalam kehidupan rutin yang jauh daripada masyarakat Tidak mengapalah Sahabatku pernah berkata , "Hid...

Puisi : Kehidupan

Image
Bismillah , Andai bisa aku memilih , Pasti akan aku pilih yang bahagia-bahagia sahaja , Kerana aku tak mahu derita . Tapi Allah tak mentarbiah aku sebegitu , Kerana andai semua jalannya seperti yang aku mahu , Pasti hancur binasa dunia ini , Pasti aku takkan merasai apa itu pahit ,susah , payah ,manis dan indahnya citra kehidupan .

Sanah Helwah Umi yang ke 45

Image
Assalam semua silent reader yang setia , Alhamdulillah 26 Ogos ritu , hari jadi Umi saya yang ke 45. Untung hari jadi beliau aku masih berada di rumah, boleh buat surprise birthday celebration dgn family . Hmm, dulu masa mula-mula Umi kahwin dgn ayah , aku pun segan jugak dengan Umi. Dah 14 tahun ,aku mengenali sang tubuh Umi ku ini . Ingat lagi waktu aku mula-mula nak berjinak-jinak dengan dapur ,aku masak nasi goreng . Tak sangka pulak nasi goreng tu manis sebab aku tersilap letak gula instead of letak garam patutnya. Muka Ayah macam biasa tenang aje. tapi Umi terus cakap "nasi goreng ni manislah, silap letak gula ni" . . Siyess waktu tu aku risau sangat Umi marah, lama-lama baru aku tahu Umi tegur tu nak bagi aku pandai bertukang kat dapur. Umi tegas orangnya , Ayah pulak tenang orangnya . Tapi kalau lambat , ayah pulak yang kalut , Umi tenang je. Hahaha Kalau Umi duduk kat dapur, Umi jarang panggil anak-anak dia tolong masak so aku dapat belajar daripada Umi bab2 ma...

Episod Duka : Tutu Hilang

Image
"Aku takut untuk menyayangi kerana takut untuk hadapi kehilangan" Petang itu, aku baru tiba di Hentian Putra Kuala Lumpur. Lama juga menghabiskan cuti raya di Kelantan. Usai masuk kereta, saja aku bertanya tentang Tutu si anak tupai yang kami jumpa di kampung . Ayah seakan mengelak untuk menjawab pertanyaan aku. Lama-lama dengan tenang, ayah mula membuka cerita Tutu hilang malam sebelum hari aku   pulang ke rumah. Aku dapat membaca ayah juga terkesan akan kehilangan Tutu . Sampai di rumah, aku bersalaman dengan umi dan aku turut dapati raut wajah umi yang risau akan kehilangan Tutu. Malam itu, aku terus berusaha mencari Tutu di setiap sudut rumah kami. Tubuh badannya yang kecil membolehkannya menyelinap di ruang-ruang kecil. Aku begitu berharap akan menemukan Tutu malam itu. Tapi, aku masih gagal menjejakinya. Hari ini genap 3 hari kehilangan Tutu, sudah lama keluarga kami tiada haiwan peliharaan setelah serik dengan kehilangan CikTom seekor kucing dan kematian 4 ekor ikan h...

Kerana diri ku mampu .

Image
Bismillah , Assalam semua silent reader ku yang setia sekalian, Alhamdulillah,cuti semester dah hampir 2 minggu berlalu . Walaupun cuti, gaya macam tak cuti pun sebenarnya sebab banyak perkara nak buat lagi. Kadang-kadang aku mengeluh Aku penat Semua tanya itu ini Apa yang dah siap boleh terus send kan Apa yang tak siap tolong cepat siapkan Rasa macam sorang-sorang buat keje Dan aku rasa lemau sangat Lemah sebab rasa semuanya atas aku LALU Dengan lembutnya DIA Yang Maha Pemberi Kekuatan memujuk hati aku Menguatkan aku yang hampir rebah Lembut sahaja kalam mukjizat itu mententeramkan jiwa aku yang bercelaru dek urusan dunia yang tak henti " Firman Allah SWT:  "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286) "  Firman Allah SWT:  "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."           ...

Tiada lagi bunyi itu

Image
Assalam Erm Cuma nak cakap dah buang lagu sbb blog jadi berat sangat -.-''' Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Teruskan berdoa dan bersolidariti untuk Palestin Ingat , Ummah perlukan doa kita. Tadi, baca buku "Pahlawan Islam Kontemporari (Para Peminang Bidadari)" ada tercatat sekali sejarah Syeikh Ahmad Yassin .Namanya bukan asing lagi bagi aku, mungkin sebab ayah dah biasa bawa anak-anaknya ke surau dan dari situ jugalah aku banyak mengenali tokoh2 Islam seperti beliau.Terpana dengan perjuangannya, biar berkerusi roda namun jiwanya tetap bergelora bangkitkan semangat pejuang Islam Palestin. Insya Allah, untuk entry seterusnya teringin berkongsi tentang tokoh ini , nantikan semua . Sirru ala barakatillah.

Driving alone .

Image
Assalamualaikum silent reader sekalian ,  Alhamdulillah laa ni aku dah bawak keta pi kolej, senang tak susahkan ayah dah nak "nganto anaknye ni haa ulang alik dari Serdang ke Nilai " . So far so good, aku pun seram jugak jarang2 je drive sampai ke highway tetiba terus je birokrasi "ayah dan umi" sepakat buat syura menetapkan ahli usrahnya yang bernama (dirahsiakan) *nama mahal , by hook or by crook anakanda mesti tekan minyak ke Nilai tequih tanpa ayah atau sesiapa escort . Sebagai ahli usrah yang telah menerima tarbiyah daripada jemaah kepimpinan Haji Barudin maka aku wala' dengan keputusan syura selagi keputusan ini tak bertentangan dengan syariat . Maka, bermulalah detik dimana hanya Allah dan malaikat kiri kanan ku menjadi saksi kaki ini menekan minyak membawa sang empat tayar meluncur diatas permaidani jalan raya yang pastinya tidak sentiasa lurus dan licin kerana aku yakin tayar kereta ku pasti akan terkena duri-duri lubang dusta di sepanjang perja...

NO , thanks :)

Image
" . .   And  I am the type who is unsociable and very comfortable if I am alone. That's why I'm always avoiding crowd. It's the best feeling when you just spend your time with yourself only. Reading books. Thinking about your future, your dream that must you run for. How your relationship with Ar-rahman. To simply say, maybe it's retrospection." (Anonymous, 2014)  " . .   I don't want someone take for granted on me that's why i'm behaving like that . i don't know this statement is kind an excuse but seriously i don't want that things happen to me and i will never let it happen ." (Anonymous, 2014) I'm not that EASY so please take note . 

REDHA tak semudah yang kita katakan . .

Image
"Buku aku hilang , test dah la nak dekat , buku tu jarang-jarang dapat jumpa , buku tu mahal sangat . . " "Takpe bersabar lah , serahkan semuanya kepada Allah , kau kan dah usaha cari . " Kaku dan muhasabah , mengapa aku gelisah bukankah aku punya Allah ? ?  Tunduk . . .   YA , aku gelisah sangat sebab  buku aku hilang buku PHYSICAL CHEMISTRY hilang ! ! Nangis berendam air mata sekalipun memang tak jumpa . Serious dah lama tak feel LOST , tapi kali ini memang aku rasa hilang . . Waktu tu siyess lah , rasa down sangat . Nak cari kt mana buku yang hilang kat dalam 1 fakulti yang besar ni dan luas ni . Waktu tu memang tipu laa tak nangis . Lama jugak nak sober dari nangis ni , lepas dah nangis lama . . lama . . lama. . Aku rasa let it go , ini semua pasti ada hikmah . Biar lah buku aku hilang , Allah nak aku lebih usaha pinjam buku orang buat nota sendiri . Tapi , jauh sudut hati aku harap sangat , sebelum test buku tu aku jumpa balik . Tomorrow . ...

U-TURN

Image
Bismilllah , Ya Allah , sudah lama aku tak beraksi di medan blog aku ni . Sunyi sepi sejak sekian lama . Alhamdulillah aku curi masa sikit , untuk mengelap segala habuk-habuk yang ada kt blog aku . Insya Allah . Rindunya nak bebel + conteng2 kat blog sendiri . "Allah , silap jalan nie , patut ikut highway LEKAS nak pegi Seremban ,macam ni kena U-turn lahh " Biasa dgn skrip diatas , mesti biasa kan . Kita mudah sangat nak sedar yang kita dah sesat kt highway , tapi kita sukar untuk sedar yang kita banyak buat dosa kpd Allah . Dan , yang paling kita risau , kita lupa nak TAUBAT setelah kita buat dosa . Setiap anak Adam pernah lakukan dosa . Aku . kamu . mereka .beliau semuanya tak lepas daripada melakukan dosa . "Dah kalau macam tu , kira kita ni pendosa lah ??? " "Ya , kita pendosa . " "Abis kalau macam gitu , tak guna lah taubat , sebab lepas ni kita buat dosa jugak " Hahh macam mana tu , YA , kita memang pendosa , tapi kita ...

Aku Taknak Jadi Buih

Image
Bismillah , Assalamuaalaikum dear readers .. I just want to share the poem that i made since i'm graduated from matriculation . Hope you guys can feel the emotion in it . First of all ,i'm sorry because i made this poem in Bahasa since i'm not have a free time yet to translate them to English . Loading . . [instrumental muzik pun dipasang] ----> sila pasang muzik sendiri ^-^ Ku lihat kini banyaknya pemuda Islam , Namun , banyaknya mereka hanyalah seperti banyaknya buih-buih di lautan , Boleh dipijak sesuka hati , Dan tidak dapat berbuat apa-apa . Ku lihat kini banyaknya pemuda Islam yang berjaya , Namun , sayang berjayanya mereka hanya untuk mereka bukan untuk Islam , Sosialisme , kronisme , liberalisme dan segala ideologi yang cukup dangkal kelihatan sebati dalam hidup mereka . Ku lihat kini banyaknya pemuda Islam bertebaran , Namun , sayang kekuatan mereka tidak dijana untuk membangunkan Islam , Pergolakan, peperangan yang membelenggu umat Islam...

Mungkin aku penat

Image
Bismillah , angin bertiup agak dingin malam ini . . . . . . . . . . . . . . . .

Aku Punya Sahabat

Image
Bismillah , Orang kata , Kalau dah jatuh cinta Benda kecik pun boleh suka Rasanya lah kan Aku dah jatuh cinta kot Sbb asyik senyum jee Bila bukak FB Tgk "eh dia on ? " Hati rasa berbunga sangat OPPPssss Mohon jgn salah faham Hati berbunga bila sahabat kita ada Beban yang berat rasa ringan Rasa kebahagiaan Kadang-kadang hati manusia Perempuan pula kan Memang kan teruji Mahu teman istimewa semua Tapi rasa itu akan terus hilang Tatkala aku sedar Bahawasanya Aku punya sahabat . Dan paling penting Allah kan ada Rezeki , kematian dan jodoh Semua ada aturannya Bagaimana ? Aku pun tak tahu Hanya Al-Fatihah mampu aku titipkan buat dia Kerana aku yakin Seadanya aku begitulah dia . Aku ingin seceria pelangi SB 0141 AM | 070214

Saya ada Crush

Image
Bismilllah , Wahhh wahh tajuk entry kali nie macam agak fuiyoo . . fuiyoo . . APA CRUSH ?? Erm .. erm , Tipulah kalau zaman bebudak dulu2 kala tak pernah suka kat sesape kan . Haa , tu yang segan-segan , blushing - blushing tue mesti teringat punya kan . Ok2 , bagi adik-adik yang masih kecil bawah umur yang sebaya dgn adik sye yakni 12 years and below boleh tanya kat abg2 dan kakak2 kat luar sana crush itu apa. Is it Candy Crush Saga or different thing ? ? Alkisahnya , Dulu kala zaman bebudak hingusan + tudung senget + bwk beg berat2 lagi  .  . Banyak member - member sye yg bercerita mengenai CRUSH mereka Macam2 ceghita ada CERITA 1 : Member : Haaa, nah tengoklah gambar Justin Bieber ( dlm Bintang Kecil ) ni , JB nie mmg dah  lama jadi crush kite taw. Kita suka dia nyanyi , adore sangat dan bla .  . bla . . CERITA 2 : Dibalik tiang kantin sekolah kebangsaan , waktu rehat . . Member : Nampak tak , budak yang tengah makan burger berdir...

Aku diUJI lagi dan LAGI

Image
Bismillah , Saat aku terhenti Kerana lelah dan sakit yang aku hadapi Aku tahu bahawa  Walau saat itu aku berhenti Meratapi segalanya  Kenyataannya masa kan terus berlari Dan , mahu atau tidak  Langkah ini mesti diteruskan Rencah kehidupan  Ada zaman kegemilangan dan kejatuhan Norma inilah yang mendewasakan aku  Kerana dunia takkan selalunya indah Kerana dunia hanya tempat bersinggah  Dan akhirat lah yang kekal abadi -- " Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar , 3:142 "  " Setiap anggota perlu sentiasa merasa pengintipan kehadiran Allah -- Ciri-ciri Mukmin "  Ya Allah , ampunkan dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami . Ampuni kami atas segala keterlanjuran kami . Aamin . . . 

Khas untuk Muslimah ^^

Image
Bismillah Syoknyeee sem break , boleh hapdate entry banyak2 . . Dan , hari ini cuma nak share sket je Seruan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna : "Wahai saudariku yang Muslimah yang berada di jalan jihad . Saudari memainkan peranan yang penting di bidang jihad . Peranan saudari bermula dari rumah tangga , iaitu dengan mentarbiyahkan generasi-generasi , membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad . Wanitalah yang memproses lelaki . Bagi wanita - wanita Muslimat , mereka mengajar anak-anaknya tentang  peperangan-peperangan sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka  dari satu surah dari Al-Quran .  Begitu juga , seorang al-ukhtul muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu kepada suaminya . Ia menggesa suaminya untuk berjihad , bukannya menjadi fitnah kepada  suaminya ataupun melemah dan menghalangnya . Ia juga sentiasa mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaa...

Akhirnya disini tempatnya . . .

Image
Bismillah , Assalam semua :) Dah 2014 "Aku dah 20 ? " Eheh . Act, lama ana cari masa nak update sekejap blog ni . Rindu kat blog sangat >.< Alhamdulillah ana dah selamat berada di SINI -----> USIM Cerita yang sungguh panjang mungkin untuk ana ceritakan kisah sebelum saya disini :) TAPI KAN , Kita rasa terpanggil untuk berkongsi cerita ini . YA , cerita perjalanan bertapak di USIM . . . Dan ceritanya bermula , Alhamdulillah pointer di matrik kita baik . Dan , kita pun apply semua UPU or USM or IPG , semua kita apply dengan harapan ada tempat untuk kita. Jauh disudut hati , kita memang dah tanam cita-cita untuk sambung kat USM dari dulu2 lagi. Sampaikan time study kat matrik lagi , roh USM itu sangat memberi inspirasi. Alhamdulillah , kesemua permohonan yang dimohon semuanya diterima . SUBHANALLAH , it was really GREAT . Dan , kita menangis sebab akhirnya kita dapat temuduga USM , Degree in Pharmacy . "Adakah  ini mimpi ? " , tidak memang in...