Kerana diri ku mampu .
Bismillah ,
Assalam semua silent reader ku yang setia sekalian,
Alhamdulillah,cuti semester dah hampir 2 minggu berlalu . Walaupun cuti, gaya macam tak cuti pun sebenarnya sebab banyak perkara nak buat lagi.
Kadang-kadang aku mengeluh
Aku penat
Semua tanya itu ini
Apa yang dah siap boleh terus send kan
Apa yang tak siap tolong cepat siapkan
Rasa macam sorang-sorang buat keje
Dan aku rasa lemau sangat
Lemah sebab rasa semuanya atas aku
LALU
Dengan lembutnya DIA Yang Maha Pemberi Kekuatan memujuk hati aku
Menguatkan aku yang hampir rebah
Lembut sahaja kalam mukjizat itu mententeramkan jiwa aku yang bercelaru dek urusan dunia yang tak henti
"Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286)
" Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf:12)
erm ok mohon senyum sekarang .

Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)