Posts

Showing posts from April, 2012

Hujan itu menjadi PERANTARA

Image
  bismillahirrahmaanirrahiim.... tatkala aku leka, dibuai kemewahan dunia yang sementara, mahligai ku dihempap air yang tertumpah dari langit, makin lama makin lebat, makin lama makin kuat hentakan, lama untuk aku sedar bahawa mahligai ku di sapa air hujan, hujan yang ku sangka hanya bergurau menjadi satu petaka bagiku.. kilat sabung menyabung, pasti banyak syaitan-syaitan yang menyorok di celahan dunia, terdetik dalam hatiku, bagaimana jika akulah yang menjadi habuan kilat yang semakin lantang dan tidak segan muncul di hadapan mata ku.... tika waktu itu, aku terus kembali ingat akan Dia yang mencipta ku dan mencipta hujan ini, aku beristighfar dan hampir menghamburkan mutiara yang jernih dari mata ku... aku takut kerana aku belum bersedia untuk itu, betapa aku pentingkan diri aku ini sehinggakan waktu itu, aku masih tidak malu untuk memberi alasan, sedangkan Dia yang mencipta ku, Dia layak mengambil aku bila tiba masanya...... ...