Aku diUJI lagi dan LAGI
Bismillah , Saat aku terhenti Kerana lelah dan sakit yang aku hadapi Aku tahu bahawa Walau saat itu aku berhenti Meratapi segalanya Kenyataannya masa kan terus berlari Dan , mahu atau tidak Langkah ini mesti diteruskan Rencah kehidupan Ada zaman kegemilangan dan kejatuhan Norma inilah yang mendewasakan aku Kerana dunia takkan selalunya indah Kerana dunia hanya tempat bersinggah Dan akhirat lah yang kekal abadi -- " Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar , 3:142 " " Setiap anggota perlu sentiasa merasa pengintipan kehadiran Allah -- Ciri-ciri Mukmin " Ya Allah , ampunkan dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami . Ampuni kami atas segala keterlanjuran kami . Aamin . . .