Episod Duka : Tutu Hilang



"Aku takut untuk menyayangi kerana takut untuk hadapi kehilangan"

Petang itu, aku baru tiba di Hentian Putra Kuala Lumpur. Lama juga menghabiskan cuti raya di Kelantan. Usai masuk kereta, saja aku bertanya tentang Tutu si anak tupai yang kami jumpa di kampung . Ayah seakan mengelak untuk menjawab pertanyaan aku. Lama-lama dengan tenang, ayah mula membuka cerita Tutu hilang malam sebelum hari aku pulang ke rumah. Aku dapat membaca ayah juga terkesan akan kehilangan Tutu . Sampai di rumah, aku bersalaman dengan umi dan aku turut dapati raut wajah umi yang risau akan kehilangan Tutu.

Malam itu, aku terus berusaha mencari Tutu di setiap sudut rumah kami. Tubuh badannya yang kecil membolehkannya menyelinap di ruang-ruang kecil. Aku begitu berharap akan menemukan Tutu malam itu. Tapi, aku masih gagal menjejakinya.

Hari ini genap 3 hari kehilangan Tutu, sudah lama keluarga kami tiada haiwan peliharaan setelah serik dengan kehilangan CikTom seekor kucing dan kematian 4 ekor ikan hiasan . Ayah tidak berapa gemar membela kucing kerana risau kucing itu akan membuang najisnya di rumah jiran. Setelah kedatangan Tutu akhir2 ini, pintu hati ayah seolah-olah terbuka setelah lama tertutup bertahun lamanya.

Kita merancang dan Allah juga merancang , perancangan Allah jualah yang lebih baik. Aku mengharap Tutu dapat kembali pulang ke teratak Haji Barudin semula. Andainya kisah ini pengakhirannya begini, aku berdoa agar Tutu dapat berkawan dengan tupai Selangor dan dapat menjaga dirinya dengan baik. Ceritanya mungkin persis sebuah karangan tapi hakikatnya inilah bahagian dalam kehidupan aku.

Till we meet again Tutu . 


Tutu ,saya yang bagi nama kat dia. Tutu, kita tunggu Tutu balik :'(

Comments

Post a Comment

Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)

Popular posts from this blog

nak mula hidup BARU

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Catatan Senja : Terasing