Short Story : Believe.
"Tup..tup" ,perlahan -lahan dia berjalan pulang sambil fikirannya ligat memikirkan semula apa yang telah dijawab olehnya di dalam dewan sebentar tadi. Sekali-kali dia melihat temannya yang lain, kelihatan mereka bahagia . Sesampai di bilik, dia pandang kertas yang ditampal olehnya di jeriji tingkap "Usaha->Doa->Tawakkal" . Itu ucapan salah seorang adik usrahnya untuk dia ,dia tersenyum entah kenapa segala gusar itu hilang. Dia memandang skrin Galaxy Y kepunyaannya. Terdetik dalam hati "Dah lama tak buka whatsapp , sure banyak noti nanti tapi takpelah nak bukak lah sekejap" . Sementara dia ke tandas untuk mengambil wudhu' sahaja dia biarkan noti yang bakal masuk bertambah-tambah begitu sahaja ,maka berlambaklah noti masuk berdesup tanpa dijemput . Usai solat, dia memandang skrin telefon bimbitnya dan membuka aplikasi whatsapp . Scroll punya scroll dia tertarik nak baca noti dalam satu group ni . Baca punya baca , dia dapat tahu...