Posts

Showing posts with the label Dunia

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Image
Air matanya terus-terusan mengalir. Dia tidak dapat bertahan lagi kesedihan yang menusuk dalam hatinya cukup membuatkan dia sesak. Dia mencapai Galaxy Y nya lalu terus mendail satu nombor, dia yakin dia sudah membuat keputusan yang betul. Talian bersambung. "Assalamualaikum akak, . . . (menahan sedu) .Kiko dah mati..ika nak balik sekarang boleh ?"  "Ya Allah, dah mati macam mana boleh mati? Ika ok tak ni ?" ". . . (sepi hanya kedengaran tangisan kecil) Akak, ika nak balik nak tanam Kiko depan rumah boleh kan ? Esok kelas lab takde lagi" "Boleh boleh tapi jangan drive sambil nangis. Bahaya tau." "InsyaAllah, lepas ni dah ok.Ika solat dulu lepas solat insya Allah ok"  "Ok drive hati-hati,kalau lepas solat emosi tak stabil lagi jangan drive lagi tau"  Talian diputuskan.Seketika dia memandang tubuh hamster kesayangannya yang sudah terkulai layu. Matanya redup dan air mata masih mengalir. Sepi sebentar bilik No 19...

Pemergian Seorang Murabbi Ummah : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Image
   Al-Fatihah buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat  Almarhum Tok Guru sentiasa tersenyum kebanyakan gambarnya pasti ada senyuman. Murah sungguh dengan senyuman. Sedari kecil lagi saya mengikuti beliau, peningkatan umur saya seiring dengan peningkatan umur beliau. Kita tak pernah bersua muka tapi entah kenapa air mata ini deras mengalir apabila mendengar khabaran ketiadaan mu di dunia fana' ini.  Sungguh aku cemburu dengan kamu wahai murabbi ummah, kamu dijemput Allah pada malam Jumaat malah sama tarikhnya dengan tarikh syahidnya As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.  Pernah dahulu aku terfikir, bagaimana keadaan ummah ini andai kamu pergi meninggalkan kami. Hari ini nyata janji Allah itu tiba, "Dari Allah kami datang dan kepada Allah jua kami akan kembali" Jujur,saat mengetahui kesahihan berita dukacita ini badan aku menggeletar ,aku takut dan aku risau keadaan ummah kini. Aku bertambah takut dengan diri aku yang masih ti...

LEMBIK

Image
Assalamuaalaikum Teman , Bismillah , tiba-tiba hati ini rasa lemah.  aku akui bukan insan segagah Saidina Umar. Jelas sekali aku memang tak KUAT pun . aku lembik. kadang aku tewas dengan nafsu ku sedangkan aku tahu bahawa " nafsu itu selalunya mendorong ke arah kejahatan..." aku kembali...balik semula dan ingat semula motif aku dihidupkan aku cuba berusaha kerana aku yakin bahawa Allah tak lihat hasil tapi lihat usaha... sikit-sikit aku cuba berubah..perlahan..kadang dalam perjalanan itu aku sesat ... kembali semula teruskan perjalanan walaupun perlu merangkak ke sana ..... Allah menghadiahkan aku sahabat yang sentiasa mengingatkan aku YA,  aku dan kamu ---> KITA tak keseorangan dalam perubahan ini untuk menjadi lebih   SOLEHAH kerana Allah ada. Wanita solehah itu jauh lebih baik dari seribu lelaki yang soleh - Ustazah Lizakalrina Jika aku ingin mengislah kan masyarakat sekeliling ku ini pastinya aku perlu mengislahkan diri ku dahulu tarbiah...

EXPIRED

Image
Assalamuaalaikum Cinta  , Bismillah , expired--->out of date--->basi-->mati ITS THE SAME MEANING Dunia ini bersifat sementara, YA , kita semua tahu, cuma benarkah kita merasai betapa jelasnya dunia ini memang hanya sekejap....... Sini ada analogi yang simple lah, Cuba perhatikan segala benda kt dunia ini. CONTOH : Semua makanan ada "expired date" nya, Kalau beli kereta baru pastu dpt free mantainance , contoh : battery,  paling-paling lama pun boleh pakai  2 tahun je pastu kena  ganti ----> expired jugaklah kereta pun tak boleh nak start Baju baru akhirnya akan lusuh mungkin koyak jugak dan akhirnya menjadi kain buruk Gigi yang masih melekat dan mungkin kuat , tetap akan goyang satu hari nanti dan kita sudah tiada gigi nanti waktu tua mungkin Rambut kita yang masih "  HITAM NAMPAK KEMAS  " pun akhirnya menjadi putih jugak " SEPUTIH KAIN KAFAN "  Kita lapar dan kita makan lalu dgn izin Allah kita ken...