Posts

Showing posts from February, 2015

Tarbiah Sentap: Apabila pelajar agama berikhtilat?

Tarbiah Sentap: Apabila pelajar agama berikhtilat? : Bismillah. Saya rasa, saya perlu kongsi perkara ini. Tentang, bagaimana syaitan perangkap “golongan-golongan agamawan” , ataupun sen...

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Image
Air matanya terus-terusan mengalir. Dia tidak dapat bertahan lagi kesedihan yang menusuk dalam hatinya cukup membuatkan dia sesak. Dia mencapai Galaxy Y nya lalu terus mendail satu nombor, dia yakin dia sudah membuat keputusan yang betul. Talian bersambung. "Assalamualaikum akak, . . . (menahan sedu) .Kiko dah mati..ika nak balik sekarang boleh ?"  "Ya Allah, dah mati macam mana boleh mati? Ika ok tak ni ?" ". . . (sepi hanya kedengaran tangisan kecil) Akak, ika nak balik nak tanam Kiko depan rumah boleh kan ? Esok kelas lab takde lagi" "Boleh boleh tapi jangan drive sambil nangis. Bahaya tau." "InsyaAllah, lepas ni dah ok.Ika solat dulu lepas solat insya Allah ok"  "Ok drive hati-hati,kalau lepas solat emosi tak stabil lagi jangan drive lagi tau"  Talian diputuskan.Seketika dia memandang tubuh hamster kesayangannya yang sudah terkulai layu. Matanya redup dan air mata masih mengalir. Sepi sebentar bilik No 19...

Short Story : Hari-Hari Sentap Bersama Ayah

Image
Bismillah, 20 Feb 2014 Hari ini sentap lagi dengan kata-kata ayah "Ayah, besarnya umah dia . Suka betul tengok rumah corner a lot ni"  "Rumah besar tak cukup jugak, kalau takde modal nak besarkan rumah bawah tanah" Dan, aku sedikit blur dengan kata-kata jawapan daripada ayah. "Rumah bawah tanah ?? Kalau rumah ni dah besar,mesti ada bilik bawah tanah takkan tak mampu pulak" Aku cuba meneka persoalan sendiri. "Rumah bawah tanah tu nanti kat kubur sana"  Jawab ayah dengan gayanya yang cool seperti biasa seakan-akan sedang menikmati angin bayu di tepi pantai gayanya yang cukup aman dan nyaman tanpa sedikit gangguan. Ok ayah. Dah faham. Nangis. ****** Dalam fatrah cuti(tak ingat bila)   Pada pagi yang hening dingin dan sepi itu seperti biasa, kami(adik-beradik) akan digerakkan oleh Mantan Warden Sek.Men Teknik Kemaman pada seawal pagi untuk bersama-sama "bergerak menuju kejayaan" di surau. Semangat dan gaya ay...

Catatan Senja : Terasing

Image
Sunyi jalan dia keseorangan Jelas orang lain melihat dia sendiri Dalam diam dia bisikkan Aku ada sahabat di hati Bukan maksudnya terasing Namun lebih suka mencari erti diri Memandang kanan dan kiri dengan penuh erti Aku diciptakan ada tugas disini Kadang dia mengeluh tentang rencana masa depan Adakah malap atau terlalu haru Adakah terang cukup berkilau Dia cuma pinta satu Masa depan  yang jauh itu Moga berakhirnya di syurga Yang Maha Satu Pandangannya tembus ke langit Bisiknya "Subhanallah" Langit itu indah sekali Biarpun hanya melihat tak merasa Tapi ketenangan itu menyentuh hati Dia tersenyum Pudar semua resah Terus dia sematkan  Bahawa ujian Tuhan Bukan mematikan harapan Tetapi menjadi penguat mematangkan kehidupan. "Pejuang Islam kene ada bekalan ,tahajjud itu bekalannya"-Ayah

Mahu Terus Menulis

Tulisan ini aku tahu Tak semua yang akan perasan kehadirannya Tapi sekurang-kurangnya Aku ada tempat untuk aku terus-terusan menulis Apa yang terbuku dan tersimpan di hati Tentang segala nasihat Segala tips segala cerita Yang aku mahu kongsi bersama Jujur Aku kagum sekali Dengan mereka yang sangat konsisten menulis Tulisannya juga mampu gegar satu dunia Aku baru bertatih Untuk mahir dalam penulisan Sungguh aku harapkan Biar tulisan aku ini ada manfaatnya Walaupun hakikatnya Aku kadang-kadang Lari daripada tajuk yang sebenar Itulah Nama pun baru belajar Aku belajar Dengan merentasi bermacam blog yang aku temui Menarik Isi kandungan dan pembawaan entri Sangat menusuk hati Ramai insan yang hebat Yang hebat dan pandai dalam penulisan Yang dapat jadi ikon Yang mampu ekspreskan penulisannya itu dalam penyampaian Tokoh-tokoh penulisan pun ramai Nak kira memang terlalu ramai Tapi aku paling suka kalau mereka yang pa...

Pemergian Seorang Murabbi Ummah : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Image
   Al-Fatihah buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat  Almarhum Tok Guru sentiasa tersenyum kebanyakan gambarnya pasti ada senyuman. Murah sungguh dengan senyuman. Sedari kecil lagi saya mengikuti beliau, peningkatan umur saya seiring dengan peningkatan umur beliau. Kita tak pernah bersua muka tapi entah kenapa air mata ini deras mengalir apabila mendengar khabaran ketiadaan mu di dunia fana' ini.  Sungguh aku cemburu dengan kamu wahai murabbi ummah, kamu dijemput Allah pada malam Jumaat malah sama tarikhnya dengan tarikh syahidnya As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.  Pernah dahulu aku terfikir, bagaimana keadaan ummah ini andai kamu pergi meninggalkan kami. Hari ini nyata janji Allah itu tiba, "Dari Allah kami datang dan kepada Allah jua kami akan kembali" Jujur,saat mengetahui kesahihan berita dukacita ini badan aku menggeletar ,aku takut dan aku risau keadaan ummah kini. Aku bertambah takut dengan diri aku yang masih ti...

Cara untuk convert Word ke PDF

Assalam, Alhamdulillah terjumpa link yang dapat convert word file ke pdf file for free . Ini dia : http://convert.neevia.com/pdfconvert/ Moga dapat memudahkan kerja entum :)

Result

Image
Dia macam rasa Rasa berdebar sangat Nak cek result Sebab Dia rasa banyak sangat perkara yang tak sempurna sem lepas Dia whatspp kawan dia Dia cerita semuanya Kawan dia minta dia cek Dia masih tak cek jugak Katanya dia berdebar Debaran tu rasa disetiap "nerve" yang dia ada Dia bagitahu dekat ayah dia Result dah keluar Ayah dia kata Cek lah pastu jangan lupa bagitahu Waktu tu tengah makan Jadi tak rasa sangat berdebarnya Nasi berlaukkan ayam goreng Kepsi dan sayur bendi elok je masuk dan dikunyah dengan tenang tanpa kerisauan lagi waktu tu Dia kata kat ayah dia Dia cek nanti masa nak bukak sem nanti Pastu dia gelak hambar Dalam diam dia kerisauan Haha (ketawa hambar) Malam tu Dia tak lena Entah macam mana boleh mimpikan Hamsternya Kiko dan Jacob dapat anak Mengarut ! Pagi itu Dingin Sunyi Sepi Seperti biasa dia hantar ayah dia sampai depan pintu Sampai lah ayah dia dah naik motor Dan dia kata "Hati-hati ayah" Dia masuk rumah sem...

Syurga Dunia

Image
"Sesungguhnya di dunia ini ada sebuah syurga. Sesiapa yang gagal memasukinya, dia pasti gagal memasuki syurga akhirat" Demikianlah,ucapan sebahagian ulama'. Apa itu syurga dunia ? Orang selalu buat hashtag #DuniaIniKejam , tak sangka ada syurga juga kat dunia. Syurga Dunia ialah IMAN . Nikmat iman luas sahabat-sahabat, bila masih punya nikmat iman : 1)Kita akan selalu rasa disayangi Tuhan 2)Bersyukur atas kesenangan 3)Berharap tatkala memohon perkenan 4)Syahdu tatkala memohon keampunan 5)Bersabar dalam ujian 6)Redha dengan ketentuan Allah Ahli syurga dunia ini,mereka tetap tenang dan bahagia walau sedahsyat mana pun badai menerjang kehidupan dan walau sehebat mana pun diterajang ujian . Ajaib bukan ?

Versatile

Image
Bismillah, Pehh, siyes lama tak menaip tak kesahla di FB, mahupun Twitter apatah lagi blog. BANYAK . Satu perkataan yang mampu saya ungkapkan untuk cerita dalam blog, banyak sangat pengalaman yang perlu dicatatkan , banyak sangat penghargaan yang perlu dirakamkan, banyak sangat ibrah yang perlu dikongsikan kat sini kat belog inilah. Bermula dengan Travelog : 14 Hari Di Pantai Timur sehinggalah ke hari ini. Tidaklah saya bercadang untuk bercakap panjang mengenai "travelog" saya di Pantai Timur nantikan sahaja entry khas untuk Catatan 14 Hari Ku Di Pantai Timur nanti . Mohon doakan kewujudan entry itu yang sedang dalam proses pembikinan lagi , bajet sungguh acah-acah macam nak buat buku aje . Haha. Back to the main title that been highlighted today , we presenting -> VERSATILE ! Versatile merupakan perkataan Inggeris , dalam Bahasa Malaysia ianya membawa maksud serba boleh . "Serba boleh, tak semua mampu ." Sapa kata tak semua mampu, mahu atau tak ...