Posts

Showing posts with the label Murabbi

Quote : Sahabat Lillahi Taala

Image
"Andai kata sepanjang perkenalan kita, engkau lebih mengenali aku daripada mengenali Allah. Aku telah silap, maafkanlah aku." ***** Maafkan aku juga.  Kerana aku juga sedang mencari erti ukhuwah sebenar Tak mahu terus bernafas dalam atmosfera ukhuwah palsu Disalah erti Begitu dan begini Sedang ukhuwah akhirnya  Memipin tangan sehina-hina pelacur sekalipun Mengenali Allah Mengesakan Allah Moga syurga noktahnya nanti.       

Pemergian Seorang Murabbi Ummah : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Image
   Al-Fatihah buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat  Almarhum Tok Guru sentiasa tersenyum kebanyakan gambarnya pasti ada senyuman. Murah sungguh dengan senyuman. Sedari kecil lagi saya mengikuti beliau, peningkatan umur saya seiring dengan peningkatan umur beliau. Kita tak pernah bersua muka tapi entah kenapa air mata ini deras mengalir apabila mendengar khabaran ketiadaan mu di dunia fana' ini.  Sungguh aku cemburu dengan kamu wahai murabbi ummah, kamu dijemput Allah pada malam Jumaat malah sama tarikhnya dengan tarikh syahidnya As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.  Pernah dahulu aku terfikir, bagaimana keadaan ummah ini andai kamu pergi meninggalkan kami. Hari ini nyata janji Allah itu tiba, "Dari Allah kami datang dan kepada Allah jua kami akan kembali" Jujur,saat mengetahui kesahihan berita dukacita ini badan aku menggeletar ,aku takut dan aku risau keadaan ummah kini. Aku bertambah takut dengan diri aku yang masih ti...

sedar kah kita

Image
Assalamuaalaikum Sahabat , Bismillah , Alhamdulillah dapat menghadiri satu kuliah subuh di Masjid Bandar Tun Hussein Onn , bilamana kuliah subuh memang tak lari dari satu simptom iaitu "tersengguk" .. dalam ketersenggukan itu tiba-tiba terdengar alunan merdu nasyid menusuk dalam hati ini. AYAT MACAM DALAM DRAMA LA PULAK... tapi , memang lirik nasyid yang ustaz itu nyanyikan memang mempunyai maksud yang sangat dalam menyebabkan hilang terus simptom ketersenggukan dan kembali fokus dalam kuliah. "..saya nyanyi nasyid zaman dulu-dulu bukan apa , nasyid dulu-dulu banyak makna dan lebih membina memang masuk dalam jiwa...apa yang terjadi di Mesir semua , bilamana ulama' pun terlibat sama dalam rancangan jahat..tunggu sahajalah perhitungan Allah ..bukan Allah tak mahu kasik ISLAM menang tapi refleks diri kita dulu sejauh mana kita benar-benar kikis JAHILIYYAH dalam kehidupan... tak banyak pun at least ada dan cuba jugak...jika memang kita mahu menang umat is...