Posts

Showing posts with the label mahasiswa.LIFE

Quote : Sahabat Lillahi Taala

Image
"Andai kata sepanjang perkenalan kita, engkau lebih mengenali aku daripada mengenali Allah. Aku telah silap, maafkanlah aku." ***** Maafkan aku juga.  Kerana aku juga sedang mencari erti ukhuwah sebenar Tak mahu terus bernafas dalam atmosfera ukhuwah palsu Disalah erti Begitu dan begini Sedang ukhuwah akhirnya  Memipin tangan sehina-hina pelacur sekalipun Mengenali Allah Mengesakan Allah Moga syurga noktahnya nanti.       

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Image
Air matanya terus-terusan mengalir. Dia tidak dapat bertahan lagi kesedihan yang menusuk dalam hatinya cukup membuatkan dia sesak. Dia mencapai Galaxy Y nya lalu terus mendail satu nombor, dia yakin dia sudah membuat keputusan yang betul. Talian bersambung. "Assalamualaikum akak, . . . (menahan sedu) .Kiko dah mati..ika nak balik sekarang boleh ?"  "Ya Allah, dah mati macam mana boleh mati? Ika ok tak ni ?" ". . . (sepi hanya kedengaran tangisan kecil) Akak, ika nak balik nak tanam Kiko depan rumah boleh kan ? Esok kelas lab takde lagi" "Boleh boleh tapi jangan drive sambil nangis. Bahaya tau." "InsyaAllah, lepas ni dah ok.Ika solat dulu lepas solat insya Allah ok"  "Ok drive hati-hati,kalau lepas solat emosi tak stabil lagi jangan drive lagi tau"  Talian diputuskan.Seketika dia memandang tubuh hamster kesayangannya yang sudah terkulai layu. Matanya redup dan air mata masih mengalir. Sepi sebentar bilik No 19...

Kerana hakikatnya begitulah .

Bismillah , Lama benar tak update di blog ini. Sempat singgah sebentar-sebentar sahaja . Alhamdulillah, sudah 5 bulan saya ditaklifkan sebagai S/U 1 SekreFaST (Badan Pelajar) banyak perkara baru yang saya pelajari . Boleh dikatakan setiap hari pasti ada sahaja perkara baru . "Life is not always a bed of roses" Jujur saya agak risau akan akademik saya , kadang-kadang ada juga terlupa akan quiz dan test yang akan dijalankan . Assignment ada juga yang terlepas pandang . Mujur ada ibubapa dan  kawan yang prihatin akan diri ini . Serius sedih sangat rasa . Cemburu . Bila melihat yang lain boleh belajar Belajar dan belajar Tarikh kuiz dan test berlegar di kepala mereka Mereka tak risau apa2 pun melainkan perkara2 akademik Kadang terbit rasa aku mahu juga merasai bagaimana kehidupan seperti itu Tapi difikir semula apalah erti mahasiswa jika hanya berputar dalam kehidupan rutin yang jauh daripada masyarakat Tidak mengapalah Sahabatku pernah berkata , "Hid...

Puisi : Kehidupan

Image
Bismillah , Andai bisa aku memilih , Pasti akan aku pilih yang bahagia-bahagia sahaja , Kerana aku tak mahu derita . Tapi Allah tak mentarbiah aku sebegitu , Kerana andai semua jalannya seperti yang aku mahu , Pasti hancur binasa dunia ini , Pasti aku takkan merasai apa itu pahit ,susah , payah ,manis dan indahnya citra kehidupan .

Driving alone .

Image
Assalamualaikum silent reader sekalian ,  Alhamdulillah laa ni aku dah bawak keta pi kolej, senang tak susahkan ayah dah nak "nganto anaknye ni haa ulang alik dari Serdang ke Nilai " . So far so good, aku pun seram jugak jarang2 je drive sampai ke highway tetiba terus je birokrasi "ayah dan umi" sepakat buat syura menetapkan ahli usrahnya yang bernama (dirahsiakan) *nama mahal , by hook or by crook anakanda mesti tekan minyak ke Nilai tequih tanpa ayah atau sesiapa escort . Sebagai ahli usrah yang telah menerima tarbiyah daripada jemaah kepimpinan Haji Barudin maka aku wala' dengan keputusan syura selagi keputusan ini tak bertentangan dengan syariat . Maka, bermulalah detik dimana hanya Allah dan malaikat kiri kanan ku menjadi saksi kaki ini menekan minyak membawa sang empat tayar meluncur diatas permaidani jalan raya yang pastinya tidak sentiasa lurus dan licin kerana aku yakin tayar kereta ku pasti akan terkena duri-duri lubang dusta di sepanjang perja...

U-TURN

Image
Bismilllah , Ya Allah , sudah lama aku tak beraksi di medan blog aku ni . Sunyi sepi sejak sekian lama . Alhamdulillah aku curi masa sikit , untuk mengelap segala habuk-habuk yang ada kt blog aku . Insya Allah . Rindunya nak bebel + conteng2 kat blog sendiri . "Allah , silap jalan nie , patut ikut highway LEKAS nak pegi Seremban ,macam ni kena U-turn lahh " Biasa dgn skrip diatas , mesti biasa kan . Kita mudah sangat nak sedar yang kita dah sesat kt highway , tapi kita sukar untuk sedar yang kita banyak buat dosa kpd Allah . Dan , yang paling kita risau , kita lupa nak TAUBAT setelah kita buat dosa . Setiap anak Adam pernah lakukan dosa . Aku . kamu . mereka .beliau semuanya tak lepas daripada melakukan dosa . "Dah kalau macam tu , kira kita ni pendosa lah ??? " "Ya , kita pendosa . " "Abis kalau macam gitu , tak guna lah taubat , sebab lepas ni kita buat dosa jugak " Hahh macam mana tu , YA , kita memang pendosa , tapi kita ...

Aku Taknak Jadi Buih

Image
Bismillah , Assalamuaalaikum dear readers .. I just want to share the poem that i made since i'm graduated from matriculation . Hope you guys can feel the emotion in it . First of all ,i'm sorry because i made this poem in Bahasa since i'm not have a free time yet to translate them to English . Loading . . [instrumental muzik pun dipasang] ----> sila pasang muzik sendiri ^-^ Ku lihat kini banyaknya pemuda Islam , Namun , banyaknya mereka hanyalah seperti banyaknya buih-buih di lautan , Boleh dipijak sesuka hati , Dan tidak dapat berbuat apa-apa . Ku lihat kini banyaknya pemuda Islam yang berjaya , Namun , sayang berjayanya mereka hanya untuk mereka bukan untuk Islam , Sosialisme , kronisme , liberalisme dan segala ideologi yang cukup dangkal kelihatan sebati dalam hidup mereka . Ku lihat kini banyaknya pemuda Islam bertebaran , Namun , sayang kekuatan mereka tidak dijana untuk membangunkan Islam , Pergolakan, peperangan yang membelenggu umat Islam...

Mungkin aku penat

Image
Bismillah , angin bertiup agak dingin malam ini . . . . . . . . . . . . . . . .

Saya ada Crush

Image
Bismilllah , Wahhh wahh tajuk entry kali nie macam agak fuiyoo . . fuiyoo . . APA CRUSH ?? Erm .. erm , Tipulah kalau zaman bebudak dulu2 kala tak pernah suka kat sesape kan . Haa , tu yang segan-segan , blushing - blushing tue mesti teringat punya kan . Ok2 , bagi adik-adik yang masih kecil bawah umur yang sebaya dgn adik sye yakni 12 years and below boleh tanya kat abg2 dan kakak2 kat luar sana crush itu apa. Is it Candy Crush Saga or different thing ? ? Alkisahnya , Dulu kala zaman bebudak hingusan + tudung senget + bwk beg berat2 lagi  .  . Banyak member - member sye yg bercerita mengenai CRUSH mereka Macam2 ceghita ada CERITA 1 : Member : Haaa, nah tengoklah gambar Justin Bieber ( dlm Bintang Kecil ) ni , JB nie mmg dah  lama jadi crush kite taw. Kita suka dia nyanyi , adore sangat dan bla .  . bla . . CERITA 2 : Dibalik tiang kantin sekolah kebangsaan , waktu rehat . . Member : Nampak tak , budak yang tengah makan burger berdir...

Akhirnya disini tempatnya . . .

Image
Bismillah , Assalam semua :) Dah 2014 "Aku dah 20 ? " Eheh . Act, lama ana cari masa nak update sekejap blog ni . Rindu kat blog sangat >.< Alhamdulillah ana dah selamat berada di SINI -----> USIM Cerita yang sungguh panjang mungkin untuk ana ceritakan kisah sebelum saya disini :) TAPI KAN , Kita rasa terpanggil untuk berkongsi cerita ini . YA , cerita perjalanan bertapak di USIM . . . Dan ceritanya bermula , Alhamdulillah pointer di matrik kita baik . Dan , kita pun apply semua UPU or USM or IPG , semua kita apply dengan harapan ada tempat untuk kita. Jauh disudut hati , kita memang dah tanam cita-cita untuk sambung kat USM dari dulu2 lagi. Sampaikan time study kat matrik lagi , roh USM itu sangat memberi inspirasi. Alhamdulillah , kesemua permohonan yang dimohon semuanya diterima . SUBHANALLAH , it was really GREAT . Dan , kita menangis sebab akhirnya kita dapat temuduga USM , Degree in Pharmacy . "Adakah  ini mimpi ? " , tidak memang in...

Entry Luar Alam : TRY

Image
Assalamuaalaikum Sahabat , Bismillah , Entry yang luar daripada alam ..... lambat lagi tapi bukankah jika begini caranya akan lebih indah . *senyum :)

LEMBIK

Image
Assalamuaalaikum Teman , Bismillah , tiba-tiba hati ini rasa lemah.  aku akui bukan insan segagah Saidina Umar. Jelas sekali aku memang tak KUAT pun . aku lembik. kadang aku tewas dengan nafsu ku sedangkan aku tahu bahawa " nafsu itu selalunya mendorong ke arah kejahatan..." aku kembali...balik semula dan ingat semula motif aku dihidupkan aku cuba berusaha kerana aku yakin bahawa Allah tak lihat hasil tapi lihat usaha... sikit-sikit aku cuba berubah..perlahan..kadang dalam perjalanan itu aku sesat ... kembali semula teruskan perjalanan walaupun perlu merangkak ke sana ..... Allah menghadiahkan aku sahabat yang sentiasa mengingatkan aku YA,  aku dan kamu ---> KITA tak keseorangan dalam perubahan ini untuk menjadi lebih   SOLEHAH kerana Allah ada. Wanita solehah itu jauh lebih baik dari seribu lelaki yang soleh - Ustazah Lizakalrina Jika aku ingin mengislah kan masyarakat sekeliling ku ini pastinya aku perlu mengislahkan diri ku dahulu tarbiah...