Aku diUJI lagi dan LAGI
Bismillah ,
Saat aku terhenti
Kerana lelah dan sakit yang aku hadapi
Aku tahu bahawa
Walau saat itu aku berhenti
Meratapi segalanya
Kenyataannya masa kan terus berlari
Dan , mahu atau tidak
Langkah ini mesti diteruskan
Rencah kehidupan
Ada zaman kegemilangan dan kejatuhan
Norma inilah yang mendewasakan aku
Kerana dunia takkan selalunya indah
Kerana dunia hanya tempat bersinggah
Dan akhirat lah yang kekal abadi --
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga , padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar , 3:142 "
"Setiap anggota perlu sentiasa merasa pengintipan kehadiran Allah -- Ciri-ciri Mukmin "
Ya Allah , ampunkan dosa kami dan dosa kedua ibubapa kami . Ampuni kami atas segala keterlanjuran kami . Aamin . . .

Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)