Sanah Helwah Umi yang ke 45
Assalam semua silent reader yang setia , Alhamdulillah 26 Ogos ritu , hari jadi Umi saya yang ke 45. Untung hari jadi beliau aku masih berada di rumah, boleh buat surprise birthday celebration dgn family . Hmm, dulu masa mula-mula Umi kahwin dgn ayah , aku pun segan jugak dengan Umi. Dah 14 tahun ,aku mengenali sang tubuh Umi ku ini . Ingat lagi waktu aku mula-mula nak berjinak-jinak dengan dapur ,aku masak nasi goreng . Tak sangka pulak nasi goreng tu manis sebab aku tersilap letak gula instead of letak garam patutnya. Muka Ayah macam biasa tenang aje. tapi Umi terus cakap "nasi goreng ni manislah, silap letak gula ni" . . Siyess waktu tu aku risau sangat Umi marah, lama-lama baru aku tahu Umi tegur tu nak bagi aku pandai bertukang kat dapur. Umi tegas orangnya , Ayah pulak tenang orangnya . Tapi kalau lambat , ayah pulak yang kalut , Umi tenang je. Hahaha Kalau Umi duduk kat dapur, Umi jarang panggil anak-anak dia tolong masak so aku dapat belajar daripada Umi bab2 ma...