Kerana hakikatnya begitulah .


Bismillah ,

Lama benar tak update di blog ini. Sempat singgah sebentar-sebentar sahaja .

Alhamdulillah, sudah 5 bulan saya ditaklifkan sebagai S/U 1 SekreFaST (Badan Pelajar) banyak perkara baru yang saya pelajari . Boleh dikatakan setiap hari pasti ada sahaja perkara baru .

"Life is not always a bed of roses"
Jujur saya agak risau akan akademik saya , kadang-kadang ada juga terlupa akan quiz dan test yang akan dijalankan . Assignment ada juga yang terlepas pandang . Mujur ada ibubapa dan  kawan yang prihatin akan diri ini . Serius sedih sangat rasa .

Cemburu .

Bila melihat yang lain boleh belajar
Belajar dan belajar
Tarikh kuiz dan test berlegar di kepala mereka
Mereka tak risau apa2 pun melainkan perkara2 akademik

Kadang terbit rasa aku mahu juga merasai bagaimana kehidupan seperti itu
Tapi difikir semula apalah erti mahasiswa jika hanya berputar dalam kehidupan rutin yang jauh daripada masyarakat

Tidak mengapalah
Sahabatku pernah berkata ,
"Hidup ini biarlah berpenat hingga rebah , akhirat nanti biarlah terlentang di syurga Allah"
Ya, benar erti hidup pada memberi .
Tidak mengapalah ,
Aku yakin,
"Ihfazillah yahfazka"

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengerti" (41,At-Taubah)



Comments