U-TURN

Bismilllah ,

Ya Allah , sudah lama aku tak beraksi di medan blog aku ni . Sunyi sepi sejak sekian lama .
Alhamdulillah aku curi masa sikit , untuk mengelap segala habuk-habuk yang ada kt blog aku .

Insya Allah . Rindunya nak bebel + conteng2 kat blog sendiri .

"Allah , silap jalan nie , patut ikut highway LEKAS nak pegi Seremban ,macam ni kena U-turn lahh "

Biasa dgn skrip diatas , mesti biasa kan . Kita mudah sangat nak sedar yang kita dah sesat kt highway , tapi kita sukar untuk sedar yang kita banyak buat dosa kpd Allah .

Dan , yang paling kita risau , kita lupa nak TAUBAT setelah kita buat dosa .

Setiap anak Adam pernah lakukan dosa . Aku . kamu . mereka .beliau semuanya tak lepas daripada melakukan dosa .

"Dah kalau macam tu , kira kita ni pendosa lah ??? "
"Ya , kita pendosa . "

"Abis kalau macam gitu , tak guna lah taubat , sebab lepas ni kita buat dosa jugak "

Hahh macam mana tu ,
YA , kita memang pendosa , tapi kita mahu menjadi sebaik-baik pendosa , bukan seburuk-buruk pendosa .

"Macam mana ye nak jadi sebaik-baik pendosa ? "

Caranya bertaubat lah , kerana sebaik-baik pendosa ialah mereka yang bertaubat . Kita dah lah buat dosa , buat perkara2 yang tak baik , perkara2 jahat , takkanlah nak jadi sejahat-jahat pendosa , serugi-rugi pendosa ??

Kengkawan ku sekalian ,

Walaupun ,
dosa kita segunung tinggi macam Gunung Everest malah lebih daripada itu ,
dosa kita kalau dihimpunkan seolah-olah satu muka Bumi , PENUH ! ! !

Tapi , andainya kita bertaubat , Allah akan ampuni dosa kita lebih dari segala isi muka Bumi ini selagi kita tak mensyirikkan Allah Taala .

Sahabat ku yang soleh , solehah , smart , kacak , jelita , cantik dan comel sekalian ,

Marilah mari kita mulakan langkah ,
Mari bertaubat selagi wujud masa ,
Bila nyawa sampai halkum nak bertaubat pun tak berguna dah ,
Pintu taubat tu kan sentiasa terbuka untuk kita kembali kepada Allah Yang Maha Kuasa . .


Setiap kali aku menaip , apa yang ada di ruang minda ku , 
Aku sentiasa mengharapkan agar . . .

Bicara ini ada manfaatnya . Allahu :'(




Comments

Popular posts from this blog

nak mula hidup BARU

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Catatan Senja : Terasing