Pemergian Seorang Murabbi Ummah : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Al-Fatihah buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat Almarhum Tok Guru sentiasa tersenyum kebanyakan gambarnya pasti ada senyuman. Murah sungguh dengan senyuman. Sedari kecil lagi saya mengikuti beliau, peningkatan umur saya seiring dengan peningkatan umur beliau. Kita tak pernah bersua muka tapi entah kenapa air mata ini deras mengalir apabila mendengar khabaran ketiadaan mu di dunia fana' ini. Sungguh aku cemburu dengan kamu wahai murabbi ummah, kamu dijemput Allah pada malam Jumaat malah sama tarikhnya dengan tarikh syahidnya As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Pernah dahulu aku terfikir, bagaimana keadaan ummah ini andai kamu pergi meninggalkan kami. Hari ini nyata janji Allah itu tiba, "Dari Allah kami datang dan kepada Allah jua kami akan kembali" Jujur,saat mengetahui kesahihan berita dukacita ini badan aku menggeletar ,aku takut dan aku risau keadaan ummah kini. Aku bertambah takut dengan diri aku yang masih ti...