REDHA tak semudah yang kita katakan . .


"Buku aku hilang , test dah la nak dekat , buku tu jarang-jarang dapat jumpa , buku tu mahal sangat . . "
"Takpe bersabar lah , serahkan semuanya kepada Allah , kau kan dah usaha cari . "
Kaku dan muhasabah , mengapa aku gelisah bukankah aku punya Allah ? ? 
Tunduk . . .  
YA , aku gelisah sangat sebab  buku aku hilang buku PHYSICAL CHEMISTRY hilang ! !
Nangis berendam air mata sekalipun memang tak jumpa .

Serious dah lama tak feel LOST , tapi kali ini memang aku rasa hilang . .

Waktu tu siyess lah , rasa down sangat . Nak cari kt mana buku yang hilang kat dalam 1 fakulti yang besar ni dan luas ni . Waktu tu memang tipu laa tak nangis .

Lama jugak nak sober dari nangis ni , lepas dah nangis lama . . lama . . lama. .
Aku rasa let it go , ini semua pasti ada hikmah . Biar lah buku aku hilang , Allah nak aku lebih usaha pinjam buku orang buat nota sendiri .

Tapi , jauh sudut hati aku harap sangat , sebelum test buku tu aku jumpa balik .

Tomorrow . . tomorrow . .
Creeps in this petty pace ,
From day to day . . .
(Tomorrow , Novel BI Form 4 kot)

Alhamdulillah , satu hari dalam minggu yang sama , waktu tu aku baru balik usrah , satu minggu satu kali je usrah , andai tiada usrah aku pun tak tahu nak share kan segala kesedihan hati yang tenat ni .

Usrah ritu sentuh psl redha , memang "pammm" hamekk kena kat muka sendiri , buku hilang , dah usaha dah cari dah ikhtiar dah tawakkal ape lagi redhakan je lah . kan kann .

Tapi , redha itu tak semudah yang kita sangkakan . . .

Balik je usrah , perlahan-perlahan aku jalan sambil koreksi diri yang rasanya perlukan oksigen iman dan tawakal yang baru , habis semua fail ingatan dalam otak aku pasal rentetan kehilangan buku physic chem aku satu-satu aku bayangkan . Peh peh ini dah macam novel . tapi inilah realiti.

Sedang aku muhasabah sesambil jalan , tetiba . . . TENENENE ~ ~ ~
Ada orang panggil aku ,"Shafiqah !! !"
Ketika itu ,aku tersentak dari lamunan muhasabah , dan aku pun memandangnya lalu tersenyum dan bertanya "kenapa Miradil , ada apa ye ? '' . . dia pun jawab ,"Buku kau kat aku lahh , dalam kete lupa nak kasi masa tu, dah lama daa , waktu tu en.mazlan minta tlg bagi kt kau ,aku pulak yang lupa . . Hehe " , waktu tue aku memang rasa bersyukur sangat . .

ALHAMDULILLAH (3X)
Buku dah jumpaaa . . Yeay !



And aku dapat satu benda yang aku belajar daripada kisah HILANG aku ni ,
Kadang2 kita rasa penat sangat dengan perjalanan hidup sendiri , tapi percayalah andai kita redha ,
Allah pasti akan bagi ganjaran yang kita pun tak dapat sangka .

Jadi , bersangka baiklah dengan tuhan mu , Allah tahu battery badan kita boleh stand dengan ujian yang dia bagi . Andai Allah beri ujian , itu makna kata Allah ingat kat kita , Allah sayang kat kita , dan yang paling penting Allah masih prihatin kat kita sebab tu dia beri ujian .

OK .buku pun dah jumpa hamba nak study physic chem dulu laa noh ^_^

Assalamuaalaikum .
(SB 1304 PM | TUESDAY)

Comments

  1. Alhamdulillah buku dah jumpa.^^ Tahniah! itulah kt pun kalau barang hilang anggap je tu pinjaman.bukan milik kt.nanti rasa risau tu hilang.redha dgn kehilangan tu pun senang datang.biarlah org lain yg hilangkan pun kt rasa redha dgn kehilangan tu.kalau ada rezeki Allah nak bagi mungkin kt akan jumpa balik.best sbb iqa update blog.

    ReplyDelete

Post a Comment

Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)