Puisi : Kehidupan
Bismillah , Andai bisa aku memilih , Pasti akan aku pilih yang bahagia-bahagia sahaja , Kerana aku tak mahu derita . Tapi Allah tak mentarbiah aku sebegitu , Kerana andai semua jalannya seperti yang aku mahu , Pasti hancur binasa dunia ini , Pasti aku takkan merasai apa itu pahit ,susah , payah ,manis dan indahnya citra kehidupan .