Khas untuk Muslimah ^^
Bismillah
Syoknyeee sem break , boleh hapdate entry banyak2 . .
Dan , hari ini cuma nak share sket je
Seruan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna :
Syoknyeee sem break , boleh hapdate entry banyak2 . .
Dan , hari ini cuma nak share sket je
Seruan Imam As-Syahid Hassan Al-Banna :
"Wahai saudariku yang Muslimah yang berada di jalan jihad . Saudari memainkan peranan yang
penting di bidang jihad . Peranan saudari bermula dari rumah tangga , iaitu dengan mentarbiyahkan
generasi-generasi , membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk berjihad . Wanitalah
yang memproses lelaki . Bagi wanita - wanita Muslimat , mereka mengajar anak-anaknya tentang
peperangan-peperangan sama seperti mereka menghafazkan anak-anak mereka
dari satu surah dari Al-Quran .
Begitu juga , seorang al-ukhtul muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah menjadi pembantu
kepada suaminya . Ia menggesa suaminya untuk berjihad , bukannya menjadi fitnah kepada
suaminya ataupun melemah dan menghalangnya . Ia juga sentiasa mengelokkan penjagaan
harta dan anak-anak suaminya sepanjang ketiadaan suaminya yang sedang berjihad .
Pada masa dahulu , seorang wanita itu memainkan peranan di medan jihad . Ia telah
melakukan kerja memberi minum kepada tentera dan merawat orang yang luka . Bahkan kadang kala
seorang wanita itu turut serta menghunuskan senjata . Contohnya , seperti yang dilakukan oleh
Nasibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah dalam peperangan Uhud . "

Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)