Kerana diri ku mampu .
Bismillah , Assalam semua silent reader ku yang setia sekalian, Alhamdulillah,cuti semester dah hampir 2 minggu berlalu . Walaupun cuti, gaya macam tak cuti pun sebenarnya sebab banyak perkara nak buat lagi. Kadang-kadang aku mengeluh Aku penat Semua tanya itu ini Apa yang dah siap boleh terus send kan Apa yang tak siap tolong cepat siapkan Rasa macam sorang-sorang buat keje Dan aku rasa lemau sangat Lemah sebab rasa semuanya atas aku LALU Dengan lembutnya DIA Yang Maha Pemberi Kekuatan memujuk hati aku Menguatkan aku yang hampir rebah Lembut sahaja kalam mukjizat itu mententeramkan jiwa aku yang bercelaru dek urusan dunia yang tak henti " Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286) " Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." ...