Sanah Helwah Umi yang ke 45

Assalam semua silent reader yang setia ,

Alhamdulillah 26 Ogos ritu , hari jadi Umi saya yang ke 45. Untung hari jadi beliau aku masih berada di rumah, boleh buat surprise birthday celebration dgn family .

Hmm, dulu masa mula-mula Umi kahwin dgn ayah , aku pun segan jugak dengan Umi. Dah 14 tahun ,aku mengenali sang tubuh Umi ku ini . Ingat lagi waktu aku mula-mula nak berjinak-jinak dengan dapur ,aku masak nasi goreng . Tak sangka pulak nasi goreng tu manis sebab aku tersilap letak gula instead of letak garam patutnya. Muka Ayah macam biasa tenang aje. tapi Umi terus cakap "nasi goreng ni manislah, silap letak gula ni" . . Siyess waktu tu aku risau sangat Umi marah, lama-lama baru aku tahu Umi tegur tu nak bagi aku pandai bertukang kat dapur. Umi tegas orangnya , Ayah pulak tenang orangnya . Tapi kalau lambat , ayah pulak yang kalut , Umi tenang je. Hahaha

Kalau Umi duduk kat dapur, Umi jarang panggil anak-anak dia tolong masak so aku dapat belajar daripada Umi bab2 masak ni, curi2 je . Kadang-kadang,aku dapat agak ada apa dalam makanan tu , dari situlah aku teka resepi Umi. Hehe. Umi pandai masak , dan ayah selalu kata "Sedapnyaaa umi masak, boleh bukak restoran ni" .Setiap kali ayah kata macam tu , Umi senyum je. Segan lahh tu. Tapi, ada satu hari rasanya Umi letih kot, bila Umi kata kat ayah kalau restoran ni tutup takdelah orang yang nak masak. Agak sentap sedikit disitu. Jadi,aku pun berusaha belajar sikit2 dengan Cik masa aku belajar kat Kelantan dulu . Nasib baik Cik pun pro jugak bab2 dapur ni, aku banyak menuntut dengan Cik macam mana nak "kokok" nyiur(kelapa) ,buat tapai,buat gulai,buat tupat(ketupat pulut). Tapi,malangnya tak semua resepi melekat dalam otak ni . Adoii.

Dan pada 26 Ogos 2014, aku dan konco-konco aku (adik beradik lahh) merancang nak celebrate birthday Umi . Jadi, cadangnya nak buat spaghetti carbonara,mushroom soup dgn chocolate cake moist (mmg moist ikhlass punye lahh) . Pembahagian kerja pun dilakukan , akak selaku PRO bab2 buat cake ni buat kek, akak aku sorang lagi power bab2 topping so dia pic topping kan kek. Aku suka bunyi kuali dapur so aku pic carbonara . Hahaha

Dan,alhamdulillah semuanya berjalan lancar , walaupun agak malam dahlaa kan tapi ayah dan Umi gagahkan diri jugak untuk makan ape yang kitorang dah masak . Takpe, satu malam ni je. And the thing yang aku paling suka , bila akak cakap malam tu Umi whatsapp dgn kawan dia kata "anak aku masak macam2 celebrate birthday aku, anak aku msk kek ,spaghetti carbonara pun ade" . Umi senyum je, bila tahu kami buat surprise yang tak bape nak jadi pun senanye =='' ,rupa-rupanya Umi terharu jugakk .Yeayy !!

Alhamdulillah, Umi rasa belong kat kami . Rasa bahagia sangat.

Tadi, aku tengok Positif Pagi TV3 , dia ckp the 1st thing yang mesti kita buat pagi-pagi ialah bersyukur .
Ya, bersyukur sebab masih punya nafas hari ini. Masih punya peluang untuk perbaiki kesilapan semalam.
Dan, bila aku fikir semula , aku bersyukur sangat walaupun aku pernah alami satu episod duka yang panjang dalam kehidupan aku ni ,Allah hadirkan aku insan yang lain untuk menggantikan tempat itu. Genap 14 tahun pemergiannya, jadi aku dah cukup matang untuk fahami hikmah yang tersembunyi disitu.

Carbonara Untuk Umi :)








Comments

Post a Comment

Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)

Popular posts from this blog

nak mula hidup BARU

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Catatan Senja : Terasing