Posts

Showing posts from August, 2014

Sanah Helwah Umi yang ke 45

Image
Assalam semua silent reader yang setia , Alhamdulillah 26 Ogos ritu , hari jadi Umi saya yang ke 45. Untung hari jadi beliau aku masih berada di rumah, boleh buat surprise birthday celebration dgn family . Hmm, dulu masa mula-mula Umi kahwin dgn ayah , aku pun segan jugak dengan Umi. Dah 14 tahun ,aku mengenali sang tubuh Umi ku ini . Ingat lagi waktu aku mula-mula nak berjinak-jinak dengan dapur ,aku masak nasi goreng . Tak sangka pulak nasi goreng tu manis sebab aku tersilap letak gula instead of letak garam patutnya. Muka Ayah macam biasa tenang aje. tapi Umi terus cakap "nasi goreng ni manislah, silap letak gula ni" . . Siyess waktu tu aku risau sangat Umi marah, lama-lama baru aku tahu Umi tegur tu nak bagi aku pandai bertukang kat dapur. Umi tegas orangnya , Ayah pulak tenang orangnya . Tapi kalau lambat , ayah pulak yang kalut , Umi tenang je. Hahaha Kalau Umi duduk kat dapur, Umi jarang panggil anak-anak dia tolong masak so aku dapat belajar daripada Umi bab2 ma...

Episod Duka : Tutu Hilang

Image
"Aku takut untuk menyayangi kerana takut untuk hadapi kehilangan" Petang itu, aku baru tiba di Hentian Putra Kuala Lumpur. Lama juga menghabiskan cuti raya di Kelantan. Usai masuk kereta, saja aku bertanya tentang Tutu si anak tupai yang kami jumpa di kampung . Ayah seakan mengelak untuk menjawab pertanyaan aku. Lama-lama dengan tenang, ayah mula membuka cerita Tutu hilang malam sebelum hari aku   pulang ke rumah. Aku dapat membaca ayah juga terkesan akan kehilangan Tutu . Sampai di rumah, aku bersalaman dengan umi dan aku turut dapati raut wajah umi yang risau akan kehilangan Tutu. Malam itu, aku terus berusaha mencari Tutu di setiap sudut rumah kami. Tubuh badannya yang kecil membolehkannya menyelinap di ruang-ruang kecil. Aku begitu berharap akan menemukan Tutu malam itu. Tapi, aku masih gagal menjejakinya. Hari ini genap 3 hari kehilangan Tutu, sudah lama keluarga kami tiada haiwan peliharaan setelah serik dengan kehilangan CikTom seekor kucing dan kematian 4 ekor ikan h...