Versatile
Bismillah,
Pehh, siyes lama tak menaip tak kesahla di FB, mahupun Twitter apatah lagi blog.
BANYAK .
Satu perkataan yang mampu saya ungkapkan untuk cerita dalam blog, banyak sangat pengalaman yang perlu dicatatkan , banyak sangat penghargaan yang perlu dirakamkan, banyak sangat ibrah yang perlu dikongsikan kat sini kat belog inilah. Bermula dengan Travelog : 14 Hari Di Pantai Timur sehinggalah ke hari ini.
Tidaklah saya bercadang untuk bercakap panjang mengenai "travelog" saya di Pantai Timur nantikan sahaja entry khas untuk Catatan 14 Hari Ku Di Pantai Timur nanti . Mohon doakan kewujudan entry itu yang sedang dalam proses pembikinan lagi , bajet sungguh acah-acah macam nak buat buku aje . Haha.
Back to the main title that been highlighted today , we presenting -> VERSATILE !
Versatile merupakan perkataan Inggeris , dalam Bahasa Malaysia ianya membawa maksud serba boleh .
"Serba boleh, tak semua mampu ."
Sapa kata tak semua mampu, mahu atau tak kita perlu mampu tidak dapat tidak kita mesti jadi serba boleh . Sebab hakikatnya, kita takkan tahu masa hadapan bagaimana , andai dilontarkan ke satu posisi yang kita sendiri tak pernah sangka dan waktu itu statement "oh man, aku tak patut kat sini" sungguh tidak dapat membantu kita langsung. Percayalah .
Contoh mudah ,
Sarah yang selama ini memegang jawatan timbalan dalam semua program yang dia involve dan dan tak semena-menanya ada satu program yang mana dia ditempatkan menjadi ajk multimedia . Boleh bayangkan betapa kalutnya Sarah andai selama ini dia tak pernah nak belajar apatah lagi mendalami ilmu multimedia contoh edit poster, video , montaj dan yang sewaktu dengannya .
Ringkasnya,
Senang sahaja, orang kata hidup ini warna-warni dan bagi saya pengalaman lah yang merupakan warna dalam kehidupan. Dilontarkan mahupun dicampakkan di mana-mana pelusuk ,posisi, apa sekalipun kita mesti go for it .
"Amboii sembang kemaih hang ni kan "
Kemon, ini bukan sembang santai ibarat slot tv 3 "Jangan Tido Lagi" , tapi ini lah realitinya. Dalam hidup ini kita perlu ingat ,kalau benarlah kita nak menyumbang untuk masyarakat maka hargailah dan manfaatkan segala detik,saat dan waktu untuk memajukan diri disamping membantu ummah .
"Mereka yang merasakan dirinya sudah cukup bagus ,maka golongan ini merupakan golongan yang telah ditipu oleh diri mereka sendiri"
You know what , kat dunia ni kita memang takkan ada masa nak cakap kita ni bagus kalau kita perhati sekeliling kita ,selidik semula Sirah Rasulullah ,teliti semula zaman kegemilangan Islam dan buat perbandingan kita dan mereka .At that time,kita pastinya akan SENTAP sendiri mengenangkan diri yang rasanya tak seberapa langsung jasanya untuk kemaslahatan ummah . **headshot
Suka sangat nak kongsi cerita dengan korang ,
"Cerita seorang insan yang telah menggegarkan satu kota yang bernama Konstantinopel ketika waktu itu insan ini berumur 21 tahun . Dia lah sebaik-baik raja dan tenteranya juga merupakan sebaik-baik tentera "
Maaf lah tak dapat nak cerita panjang kalau berminat kat insan ni nama beliau "Sultan Muhammad Al-Fateh" boleh search google takpun pergi kat MPH, Pustaka Mukmin, mahupun Borders carilah buku yang menceritakan rentetan perjuangan Al-Fateh , strategi , gaya pemikiran dan iltizamnya cukup membuatkan saya rasa teramat kerdil sangat.
Khulasohnya marilah kita merenung ayat-ayat dari mukjizat yang teragung yakni Al-Quran .
Firman Allah dalam Surah Al-Insyirah ayat 6-8 mafhumnya :
"sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" [6]
"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). [7]
"dan hanya kepada Tuhan mu sahaja lah engkau berharap" [8]
Ayuh,jom jadi muslim yang versatile :)

Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)