Catatan Senja : Terasing
Sunyi jalan dia keseorangan
Jelas orang lain melihat dia sendiri
Dalam diam dia bisikkan
Aku ada sahabat di hati
Bukan maksudnya terasing
Namun lebih suka mencari erti diri
Memandang kanan dan kiri dengan penuh erti
Aku diciptakan ada tugas disini
Kadang dia mengeluh tentang rencana masa depan
Adakah malap atau terlalu haru
Adakah terang cukup berkilau
Dia cuma pinta satu
Masa depan yang jauh itu
Moga berakhirnya di syurga Yang Maha Satu
Pandangannya tembus ke langit
Bisiknya "Subhanallah"
Langit itu indah sekali
Biarpun hanya melihat tak merasa
Tapi ketenangan itu menyentuh hati
Dia tersenyum
Pudar semua resah
Terus dia sematkan
Bahawa ujian Tuhan
Bukan mematikan harapan
Tetapi menjadi penguat mematangkan kehidupan.
"Pejuang Islam kene ada bekalan ,tahajjud itu bekalannya"-Ayah

Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)