Mahu Terus Menulis
Tulisan ini aku tahu
Tak semua yang akan perasan kehadirannya
Tapi sekurang-kurangnya
Aku ada tempat untuk aku terus-terusan menulis
Apa yang terbuku dan tersimpan di hati
Tentang segala nasihat
Segala tips segala cerita
Yang aku mahu kongsi bersama
Jujur
Aku kagum sekali
Dengan mereka yang sangat konsisten menulis
Tulisannya juga mampu gegar satu dunia
Aku baru bertatih
Untuk mahir dalam penulisan
Sungguh aku harapkan
Biar tulisan aku ini ada manfaatnya
Walaupun hakikatnya
Aku kadang-kadang
Lari daripada tajuk yang sebenar
Itulah
Nama pun baru belajar
Aku belajar
Dengan merentasi bermacam blog yang aku temui
Menarik
Isi kandungan dan pembawaan entri
Sangat menusuk hati
Ramai insan yang hebat
Yang hebat dan pandai dalam penulisan
Yang dapat jadi ikon
Yang mampu ekspreskan penulisannya itu dalam penyampaian
Tokoh-tokoh penulisan pun ramai
Nak kira memang terlalu ramai
Tapi aku paling suka kalau mereka yang pandai tulis tentang Sirah
Us.Riduan Mohd Nor selalu tulis pasal Sirah
Kadang aku terfikir
Macammana dia boleh bercerita tentang Sirah
Seolah-olah dia hidup zaman itu
Sirah memang macam betul-betul dah "attach" dalam diri ustaz
Bila menyentuh tentang Sirah
Memang tak lari dengan penulisan
Sirah dan sejarah
Memang perlu ditulis
Biar jadi rujukan generasi akan datang
Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz pun banyak menulis
Ayah banyak simpan koleksi bukunya
Dari awal Tok Guru mula menulis
Ayah dah ada bukunya
Karya-karya beliau ini akan terus digunakan
Dan begitu juga pahala beliau menulis buku-buku itu akan terus mengalir
Sebab itu jugalah
Aku mahu terus menulis
Tapi seni menulis itu
Permulaannya harus membaca
Sebab manusia yang tiada apa-apa
Tidak mampu memberi apa-apa
“Sangat hairan kalau ada penulis yang ingin jadi penulis besar… untuk membaca buku kecil sahaja dia tidak sanggup!”-Pahrol Mohd Juoi
Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)