Result

Dia macam rasa
Rasa berdebar sangat
Nak cek result
Sebab
Dia rasa banyak sangat perkara yang tak sempurna sem lepas

Dia whatspp kawan dia
Dia cerita semuanya
Kawan dia minta dia cek
Dia masih tak cek jugak
Katanya dia berdebar
Debaran tu rasa disetiap "nerve" yang dia ada

Dia bagitahu dekat ayah dia
Result dah keluar
Ayah dia kata
Cek lah pastu jangan lupa bagitahu
Waktu tu tengah makan
Jadi tak rasa sangat berdebarnya
Nasi berlaukkan ayam goreng Kepsi dan sayur bendi elok je masuk dan dikunyah dengan tenang tanpa kerisauan lagi waktu tu
Dia kata kat ayah dia
Dia cek nanti masa nak bukak sem nanti
Pastu dia gelak hambar
Dalam diam dia kerisauan
Haha (ketawa hambar)

Malam tu
Dia tak lena
Entah macam mana boleh mimpikan Hamsternya
Kiko dan Jacob dapat anak
Mengarut !

Pagi itu
Dingin
Sunyi
Sepi
Seperti biasa dia hantar ayah dia sampai depan pintu
Sampai lah ayah dia dah naik motor
Dan dia kata "Hati-hati ayah"

Dia masuk rumah semula
Dia pandang laptop macam nak tembus laptop tu
Agak-agak kalau laptop tu ada mata
Mesti laptop tu kata "Dah kenapa pandang macam nak makan je"

Dia pusing satu rumah
Dah macam marathon gayanya
Hati dia tak tenang 
Allah . . Allah . .
Dia cuba sematkan dalam hati
Dia ingat semula
Exam kerana Allah
Nanti tengok result itu yang terbaik

Dia whatsapp kawan dia lagi
Kawan dia tanya dah cek belum
Dia tak cek lagi
Kawan dia kata
"Degil hang ni"
Dia buat emoticon muka kerisauan

Akhirnya
Dia buka estudent
Dan tekan username dan password dengan jayanya tanpa gagal
Dia terus cari column "Examination"
Dan itu dia
"Exam Result" button ditekannya
Cursor berlari mencari semester pilihan

Dan
Alhamdulillah
Satu kata yang dia dapat ungkapkan saat itu



Dia menangis
Tak sangka Allah mudahkan
Sesungguhnya Allah bersama mereka yang bersabar
Bersabar ketika menuntut ilmu
Bersabar menahan nafsu malas ketika menuntut ilmu
(Dah macam cerita Papa akhirnya kau tewas jua Tingkatan 4 pulak --' )

Untuk yang dah cek result, dah sujud syukur belum ?

Ceritakan segalanya kepada Allah, mereka manusia bukan tahu apa yang ada dalam hati, bukan tahu apa ranjau yang kita lalui, bukan tahu apa kesusahan yang kita tempuhi,bukan tahu jumlah air mata yang dah tumpah waktu kita tahan semua ujian sendiri,bukan tahu kita hampir rebah dan cuba bangun berdiri .

YA, manusia memang tak tahu tapi Allah Tahu .

Berbicaralah dengan Allah dalam tahajud mu.

Allah Maha Mendengar maka ceritakanlah pada Dia .

Usah mengalah, kita dilahirkan untuk Islam maka bergeraklah maju tinggalkan duka raih bahagia . Ayuh !

*nak tahu result meh pm. Haha

Comments

Popular posts from this blog

nak mula hidup BARU

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Catatan Senja : Terasing