Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta


Air matanya terus-terusan mengalir. Dia tidak dapat bertahan lagi kesedihan yang menusuk dalam hatinya cukup membuatkan dia sesak. Dia mencapai Galaxy Y nya lalu terus mendail satu nombor, dia yakin dia sudah membuat keputusan yang betul. Talian bersambung.
"Assalamualaikum akak, . . . (menahan sedu) .Kiko dah mati..ika nak balik sekarang boleh ?" 
"Ya Allah, dah mati macam mana boleh mati? Ika ok tak ni ?"
". . . (sepi hanya kedengaran tangisan kecil) Akak, ika nak balik nak tanam Kiko depan rumah boleh kan ? Esok kelas lab takde lagi"
"Boleh boleh tapi jangan drive sambil nangis. Bahaya tau."
"InsyaAllah, lepas ni dah ok.Ika solat dulu lepas solat insya Allah ok" 
"Ok drive hati-hati,kalau lepas solat emosi tak stabil lagi jangan drive lagi tau" 
Talian diputuskan.Seketika dia memandang tubuh hamster kesayangannya yang sudah terkulai layu. Matanya redup dan air mata masih mengalir.

Sepi sebentar bilik No 19,Blok B, Kolej Kediaman 1 ,jelas penghuninya hiba merasai kehilangan Kiko.

Jannah,sahabatnya memeluk erat Shafiqah yang hampir lesu menghadapi pemergian Kiko. "Bersabarlah ika,aku pehe gano  mu segho dulu kucing kesayangan aku pun meninggal depan mata aku jugop. Sabar deh."Jannah cuba menenangkan sahabatnya.

******
"Assalamualaikum warahmatullah. ."
Perlahan suaranya membacakan doa usai solat Isya' berjemaah bersama Jannah. Bukan selama ini dia tidak pernah merasai kehilangan,buktinya kalau diimbas semula sedari kecil lagi episod kehilangan satu demi satu insan kesayangannya sudah lama dia tempuhi di usia yang sangat muda untuk mengerti hakikat pemergian insan yang perginya tak kembali.

Jannah masih setia menemani Shafiqah mengemas barangnya untuk pulang ke rumah malam itu juga. "Jannah,mu teman aku sampai kereta kan ?" tanya Shafiqah kepada sahabatnya. "Yelah,aku nak teman mu lah ni sebab tu aku tunggu kat sini lagi."jawab Jannah bersahaja .Dia seakan tahu bahawa sahabatnya itu benar-benar perlukan seorang teman untuk bersama dengannya berkongsi rasa duka bersama.

"Aku lupa kereta aku jauh lah Jannah, takpelah tak payah lah hantar aku biar aku pegi sendiri"kata Shafiqah kepada sahabatnya. "Weh, takpelah nanti mu berhenti lah kat depan blok A tu,drop je aku kat situ takde masalah pun" Jannah tetap degil untuk menemani sahabatnya hingga ke tempat parking.

"Hati-hati drive tu, jangan nangis waktu drive nanti kabur silau tak nampak keto deppe kakghe"pesan Jannah kepada Shafiqah. Bukan dia tak tahu,Shafiqah kalau drive tu memang keje asyik nak pecut je tambah-tambah malam macam ni bertambah lagi kerisauannya. "Mu jangan risau,insyaAllah aku hati-hati.Kereta ni bawak jenazah kalau aku eksiden siapa nak kebumikan dia ?"jawab Shafiqah matanya seakan tertutup sedikit akibat bengkak menangis sebentar tadi.

******
Forum BaitulMuslim yang kedengaran di corong radio berfrekuensi 91.5 IKIM.FM dibiarkan berbunyi begitu sahaja, pandangannya kosong memandang kereta dihadapan dan sekitarnya. Highway PLUS tidaklah begitu sesak sekadar bilangan kereta yang banyak memenuhi lane di setiap jalan itu sudah biasa waktu malam begini lagi-lagi cuti Raya Cina baru sahaja tamat sudah pastilah bilangan kenderaan sedikit bertambah berbanding kebiasaannya. Satu demi satu kenangan bersama Kiko tergambar dimindanya seakan tidak percaya baru sahaja tadi dia mengalihkan Kiko ke dalam kotak untuk membawanya ke kolej kerana risau Kiko akan hilang di rumah sewaktu ketiadaannya kerana Kiko merupakan salah satu hamsternya yang tersangat aktif dan sangat mengenali Tuannya,buktinya setiap kali Kiko hilang didalam rumah,Shafiqah lah yang akan menemukan dia sampaikan satu hari ketika Shafiqah sedang mencari Kiko, tiba-tiba hamsternya itu sendiri yang keluar dari stor dan mencari tuannya seakan dia sudah tahu bahawa tuannya pasti akan mencari dia disitu dan membawanya pergi ke sangkar semula.Mungkin kerana itu, kehilangan Kiko membuat tuannya merasai pemergian yang cukup berat. 

******
(FLASHBACK)

Krek. Pintu dibuka dan kelihatan rumetnya Kak Aini berada di hadapan pintu. "Kak Aini lama tak jumpa"suka Shafiqah menyambut kepulangan rumetnya yang merupakan senior Tahun 3 Fakulti Ekonomi dan Muamalat biarpun jarak mereka adalah junior dan senior tetapi jarak itu tidak pernah membuatkan Shafiqah kekok untuk bergurau bersama rumetnya. 

"Akak, saya bawak hamster saya. Akak nak tengok ?"kata Shafiqah penuh bersungguh memancing Kak Aini untuk melihat haiwan kesayangannya. "Yeke. Nak tengok"jawab Kak Aini sedikit teruja.
Shafiqah membuka kotak hamsternya dan dia melihat hamsternya seperti sedang tidur. "Comelnya,keciknya. Dia tengah tidur ke tu ?" tanya kak Aini yang seakannya meminati hamster lebih berbanding haiwan lain melainkan kucing. Shafiqah cuba mengangkat badan hamsternya, "Ya Allah,kenapa badan dia lembik sangat nih Kak Aini" panik Shafiqah memberitahu keadaan hamsternya. Dia cuba meniup-niup hamsternya ,melihatkan kepada badan hamsternya yang masih bergerak sedikit-sedikit ,mata masih boleh tertutup dan terbuka juga nafasnya yang masih ada. Shafiqah cemas terlalu cemas , dia terus menghantar mesej kepada Asyran temannya untuk menemaninya ke klinik haiwan berdekatan di Nilai. Walaupun dia tahu hari ini hari Ahad, pasti sukar untuk menjumpai klinik haiwan yang dibuka pada hari itu dalam waktu sebegitu,entahlah semua itu dibiarkan begitu sahaja dia tetap mahu ke klinik. 

"Assalam An,esok ada kelas tak ?"
"Wassalam ade tapi kelas malam lah. Awat hang . . ?"
"Teman aku An,teman aku pi klinik haiwan kat Nilai ni. Tolong wehh hamster aku sakit."
"Eh hang kat mana ni? Hamster hang . .?"
Line terganggu, WiFi di KK1 selalu begitu dan Shafiqah bertambah gusar. Dia tidak berputus asa, hamsternya masih berada ditelapak tangannya dia cuba memberikan air kepada hamsternya. Masih tiada respon,dia cuba meniup-niup lagi hamsternya. "Ika,hamster awak tu macam tengah nazak je akak tengok"perlahan Kak Aini cuba memberitahu Shafiqah. "Akak janganlah cakap macam tu, akak saya tak nak hamster saya mati"hampir sahaja air mata Shafiqah turun tapi dia tetap bertahan. Dia cuba menghantar mesej kepada Jannah untuk menemaninya, syukur Jannah bersetuju dan Jannah menjawab bahawa dia bersiap dahulu dan dia akan tunggu dihadapan blok. Shafiqah sedikit lega namun melihatkan hamsternya yang seakan sesak nafas itu membuatkan dia semakin tak keruan. Kesedihannya makin membuak-buak untuk diluahkan dengan tangisan tetap dia cuba bertahan.
Dia melihat hamsternya dan mengusap-usap bulu hamsternya air mata mula mengalir laju dan deras tidak terkata, sungguh dia cukup terasa hiba melihatkan hamsternya yang mula lemah dan tidak aktif seperti sediakala. Saat itu dia merasakan bahawa benarlah hamsternya sedang nazak, dia memandang sayu hamsternya yang seakan-akan sedang bertarung dengan nyawanya untuk terus hidup. Shafiqah masih meniup-niup hamsternya dengan harapan hamsternya menunjukkan respon positif biarpun sedikit. Tiba-tiba ,kaki hamsternya terangkat tegak dan selepas itu tangannya pula, Shafiqah tahu hamsternya sedang sakit menghadapi detik kematian, dia mengurut badan bahagian jantung hamsternya itu perlahan agar mudah nyawanya keluar, pandangan hamsternya tepat padanya seakan ingin memberitahu "dia memaafkan kesalahan tuannya dan terima kasih atas segala yang tuannya berikan sepanjang hayatnya sejak dia masih kecil sebesar biji kurma". Selepas itu, tangannya pula terangkat sekejap dan serentak itu juga tiada lagi pergerakan yang menandakan nafasnya masih ada.
Air mata Shafiqah turun laju tepat mengenai mata hamsternya, dan ketika itu Jannah menghantar mesej bahawa dia sudah siap dan sedang menunggu dihadapan blok A. Shafiqah dengan beratnya menghantar mesej bahawa hamsternya sudah mati.

******
Dia menekan butang hijau remote pagar rumahnya dan meletakkan kereta di laman rumahnya.Pintu rumah terus dibuka oleh Ayah sejurus dia keluar dari kereta. 

"Kenapa balik semula ni ika ? Ni kenapa pulak mata bengkak ni?"tanya Ayah yang keliru melihatkan anaknya yang tiba-tiba pulang ke rumah sedangkan petang tadi baru sahaja anaknya ini bertolak ke kolej kediamannya.
"Ayah,hamster. . hamster dah mati tadi"jawab Shafiqah dengan perlahan sambil mengeluarkan kotak hamsternya dari tempat duduk belakang. 
"Mati dah ,Allah .Mana dia ayah nak tengok"jawab Ayah sedikit terkejut.
Shafiqah membuka kotak ,dan menunjukkan kepada Ayahnya. Ayah juga sedih dan simpati dengan pemergian Kiko. Shafiqah berlari ke tingkat atas rumahnya untuk mendapatkan akaknya sambil membawa mayat Kiko yang sudah pun keras. Akak turut sedih dengan berita yang mengejutkan begitu juga Umi dan Ila.

Ayah menawarkan diri untuk jadi penggali kubur malam itu, syukurlah ayah ada boleh membantu anaknya yang kudratnya tidaklah kuat sangat untuk menggali kubur dalam keadaan sendu dan emosi sebegitu. Kiko selamat dikebumikan dalam gelap malam yang hanya disinari bintang,bulan yang separuh serta lampu tiang ,Shafiqah berpuas hati akhirnya dia dapat mengebumikan hamsternya didepan rumahnya kerana dia tahu Adah adiknya pasti lebih terkejut apabila mendengar berita sedih ini jadi dia simpan dahulu berita itu biarkan adiknya terus fokus berjuang dalam fatrah exam bulanannya yang pertama sejak adiknya itu masuk ke Tingkatan 1 di SMAMAIWP akan ada satu hari untuk dia bercerita tentang berita ini. Kubur Kiko juga didepan rumahnya sekurang-kurangnya Adah masih dapat menziarahi kubur Kiko.

"Ika,dahlah tu jom masuk umah malam dah ni"nasihat Ayah ,jelas peluh yang mengalir di muka ayah selepas menggali kubur untuk Kiko. 
Shafiqah menuruti kata Ayahnya. Hari itu dia takkan lupa bagaimana mungkin dia boleh lupa,menyaksikan sendiri detik-detik kematian hamsternya yang cuba bertarung dengan nyawanya cukup membuatkan dia terkesan bahawasanya kematian itu cukup menyakitkan .

******
Rest In Peace Kiko.



Semalam hamster saya mati,
Saya tahu Allah nak tunjukkan bahawa Kiko bukan milik saya Sendirian Berhad,
Tapi milik Allah yang kuasanya tiada had.

Kiko mati ,
Saya tengok dia bertarung waktu nazak,
Kaki dia terangkat sama dengan tangannya.

Itu dia,
Haiwan pun merasai MATI itu sakit sekali,
Haiwan yang tiada buku catatan atau malaikat kiri kanan,
Itu pun masih harung sakitnya saat kematian.
Apalagi manusia yang ada buku catatan dan malaikat kiri kanan,
Yang iman kadang naik kadang turun,
Itu pun masih berlagak depan Tuhan.

"Beza orang beriman dengan orang biasa,orang beriman ini dia cuba mencari hikmah disetiap juzu' kehidupan dia"- Us.Syed Hisyam Al-Idrus



Comments