Pemergian Seorang Murabbi Ummah : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Al-Fatihah buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Almarhum Tok Guru sentiasa tersenyum kebanyakan gambarnya pasti ada senyuman. Murah sungguh dengan senyuman.
Sedari kecil lagi saya mengikuti beliau, peningkatan umur saya seiring dengan peningkatan umur beliau.
Kita tak pernah bersua muka tapi entah kenapa air mata ini deras mengalir apabila mendengar khabaran ketiadaan mu di dunia fana' ini.
Sungguh aku cemburu dengan kamu wahai murabbi ummah, kamu dijemput Allah pada malam Jumaat malah sama tarikhnya dengan tarikh syahidnya As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.
Pernah dahulu aku terfikir, bagaimana keadaan ummah ini andai kamu pergi meninggalkan kami. Hari ini nyata janji Allah itu tiba,
"Dari Allah kami datang dan kepada Allah jua kami akan kembali"
Jujur,saat mengetahui kesahihan berita dukacita ini badan aku menggeletar ,aku takut dan aku risau keadaan ummah kini. Aku bertambah takut dengan diri aku yang masih tidak cukup tarbiah masih tidak cukup persediaan bagaimana untuk menghadapi drama jahiliyyah akhir zaman yang cukup menggerunkan.
Dan nyata benarlah aku masih hidup ,
Masih hidup di fasa akhir zaman dimana Allah telah banyak menunjukkan tanda-tanda hari penamat dunia
Dimana negara ditadbir pemimpin zalim
Dimana ulama banyak yang berdiam diri dan memilih dunia
Dimana keadilan itu di tongsampah kan
Dimana Islam itu kelihatan asing dan janggal
Dimana ilmu itu diangkat dengan kematian ulama' .
Allah.Allah.
Peliharalah kami Ya Allah,
Bantulah kami Ya Allah.
Peliharalah kami daripada segala fitnah
Bantulah kami menghadapi kezaliman.
Hari ini aku menyaksikan kehilangan seorang insan yang telah mewakafkan dirinya untuk Islam dan insan itu mengakhiri nafas nya dalam keadaan dia yang masih berada dalam perjuangan.
Sungguh telah banyak jasamu untuk Islam.
"Teruskan perjuangan saya selepas saya tiada. Usia ambo kini lebih 81 tahun roh yang pergi malamnya jika tidak kembali maka matilah ambo. Buatlah segala daya upaya untuk memenangkan Islam sebelum pergi bertemu Allah"-TGNA
Betapa malu aku dengan kamu wahai murabbi ummah, aku anak muda tapi sumbangan aku amat sedikit tidak setanding dengan tenaga aku yang masih kuat. Malu aku bila dipanggil anak muda tapi tiada apa-apa yang cuba aku usahakan untuk kemenangan Islam.
"Pemuda adalah batu-bata perjuangan Islam kerana itu pemuda perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan perbanyakkan amalan sunat. Saya impikan untuk menjadi makmum dimana pemuda imamnya dan pendengar juga penyampai kuliah juga pemuda. Saya hanya mahu datang dan dengar." -TGNA
Aku mahu dunia yang aku lalui ini biar jadi ladang untuk aku tanam segala tanaman iman dan taqwa biar dapat dibawa ke kehidupan abadi di akhirat nanti.
Untuk kesekian kalinya, aku berdoa moga murabbi ummah ini, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ditempatkan bersama para syuhada dan solihin .
“Dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki.” (169). Dan juga mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.” ( 170). Mereka bergembira Dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), Bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang Yang beriman.”
(Surah Ali-Imran ayat 169-171)
Tok Guru mesti berjumpa dengan arwah ibuku, moga kalian berehat disana.-Shafiqah
Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)