Short Story : Hari-Hari Sentap Bersama Ayah
Bismillah,
20 Feb 2014
Hari ini sentap lagi dengan kata-kata ayah
"Ayah, besarnya umah dia . Suka betul tengok rumah corner a lot ni"
"Rumah besar tak cukup jugak, kalau takde modal nak besarkan rumah bawah tanah"Dan, aku sedikit blur dengan kata-kata jawapan daripada ayah.
"Rumah bawah tanah ?? Kalau rumah ni dah besar,mesti ada bilik bawah tanah takkan tak mampu pulak"Aku cuba meneka persoalan sendiri.
"Rumah bawah tanah tu nanti kat kubur sana"Jawab ayah dengan gayanya yang cool seperti biasa seakan-akan sedang menikmati angin bayu di tepi pantai gayanya yang cukup aman dan nyaman tanpa sedikit gangguan.
Ok ayah. Dah faham.
Nangis.
******
Dalam fatrah cuti(tak ingat bila)
Pada pagi yang hening dingin dan sepi itu seperti biasa, kami(adik-beradik) akan digerakkan oleh Mantan Warden Sek.Men Teknik Kemaman pada seawal pagi untuk bersama-sama "bergerak menuju kejayaan" di surau. Semangat dan gaya ayah cukup maintain sejak aku kecik lagi sampai aku dah besaq ni la. Kadang aku pula yang malu sendiri dengan rutin ayah yang sangat istiqamah. Dan,kadang aku lawan dengan ayah siapa yang bangun dulu . Haha(gelak kejam)
Selesai berjuang di surau melawan segala gangguan syaitan yang berjoget-joget kat mata ni walaupun kadang kita tewas lalu tersengguk sedikit dan kadang kita cuba melawan namun kalah di pertengahan dan ada masa-masa yang kita bertarung dengan sebaiknya lalu kita berjaya mendengar Kuliah Subuh dengan jayanya tanpa gagal sekali pakej nota memang cukup detail satu satu. Itulah manusia. (ni sebenarnya peringkat-peringkat jihad nak dengar Kuliah Subuh mengikut teori ambe lah)
Hari tu, seingat aku lah yang Abang tak balik sebab ada projek shooting kat Taiping dan Akak tak cuti waktu tu sama macam Ila dan Adah. Yang tinggal, hanyalah anaknya yang seorang ni sahaja untuk dibawa bersama ke surau. No hal ayah, "macam tak biasa je kan dari dulu lagi Shafiqah dari dulu lagi" (saya membesar dengan rutin yang sebegini).
Matahari mula menampakkan sinarnya, usai sahaja Kuliah Subuh ayah mengajak saya ke Restoran D'Ju dan aku time tu macam takpe ayah ika ok je takde masalah. JOM !
Sebagai anak, kita tahulah kan ayah mesti nak sembang dengan sahabat-sahabat jemaah qaryah taman kami ni. Dan,aku terasa macam terasing sedikit bila ayah rancak bersembang dengan sahabat-sahabatnya. KRIK KRIK . Tapi takpe ayah no heart feeling sebab sambil-sambil ayah berdiskusi dengan sobat-sobatnya aku selalu buat projek "observation" sekeliling sambil berfoya-foya (eh tak maksud aku berpuisi sendiri dalam hati gitu).
Alhamdulillah, habis ja "sarap" (bahasa Jawa ye) kami pun beransur pulang. Dan, selalunya waktu ni lah aku dapat recall balik nama pak cik-pak cik surau yang dulu-dulu pernah marah aku sebab main kejar-kejar kat surau masa kecik semalam (eh bukan semalam dah lama haha).
"Ayah tadi ayah sembang dengan kawan ayah tu namanya siapa ye ?"
"Ooohh tu Pak Cik Zaini(bukan nama sebenar), sibuk kawan ayah sorang tu dia sambung Ph.D"
"Sambung Ph.D ke ? Patutlah nampak muka macam stok-stok Profesor je"
"Ayah pun sambung belajar jugak ni"
"Eh Ayah sambung belajar lagi ke? Kenapa ika tak perasan ek, Ayah tak pernah bagitahu pun. Aik peliknyaa"
"Ayah sambung M.B.A"
"M.B.A tu peringkat Master kann? Master in . . . . ?"Aku cuba menduga . Jawab Ayah,
"Master in Bekalan Akhirat"Dan, waktu tu aku hanya mampu ketawa sopan dan muhasabah sendiri (".)
Haishh, sentap lagi sentap lagi.
******
"Ika, kenal Kak Mun ?"Aku cuba mengingat semula wajah-wajah mak cik surau yang aktif dan lejen kat surau Al-Amin. Satu-satu wajah muncul dan dah ingat . Mak Cik Mun.
"Kenal kenal yang anak laki dia belajar kat Yaman tu kan ?"Bersungguh aku menjawab persoalan Ayah.
"Kak Mun tu meninggal semalam"
"Allahuakbar, rasa macam baru semalam Nek Ijah bagitahu yang Mak Cik Mun koma kat Hospital Serdang sebab jatuh kat rumah dia. Innalillahiwainnailaihirojiun"Sepi sebentar.
"Ayah pun tahu semalam jugak ni "
"Ayah, suami Mak Cik Mun meninggal sebab apa ?"
"Sakit, ayah tak ingat dah sakit apa. Suaminya pun orang surau dulu."
"Mesti makcik-makcik surau tu sedih kan Ayah, Mak Cik Mun tu orang kuat ,waktu bulan puasa turun bagi makan kat anak-anak yatim, buat kutipan dana,turun misi banjir,banyaklahh"
"Mati tu dekat kan. Nak tahu kita ni mati macam mana tengok macam mana kita hidup sekarang. Sebab tu taubat jangan tangguh. Semua orang boleh kumpul harta tapi tak semua orang mampu kumpul amal yang Allah redha untuk simpanan masa depan"Hurm (".)

Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)