Untuk Si Dia Yang Berakal Mahasiswa, Akal Mahasiswa, Bukan hanya untuk dicetak ikut pasaran industri, Dilonggok seperti robot dikilang-kilang, Sedang perkataan Maha itu harusnya bersifat alami. Dia itu berakal Mahasiswa, Jadi benarkan dia itu dengan ilmu,semangat dan harapan, Jadikan universiti yang saban lama gersang dengan manusia robot , Hidup semula sebagai markas keilmuwan, Berserakan cahaya ilmu itu hingga marhaen turut merasai silaunya. Biar cahaya itu bisa menembusi jiwa-jiwa sang egoistik. Dia itu berakal Mahasiswa, Jiwanya sensitif dengan sentuhan ketirisan dan kebobrokan birokrasi, Yang salah harus terus ditentang, Yang benar harus terus diangkat. Itulah si dia yang berakal mahasiswa. Jalan terus Mahasiswa, Ini bayaran untuk mereka yang berjuang, Memang fitrah kita takkan dahulunya dijulang, Mungkin kita bisa sahaja terbuang, Demi satu harapan dan mimpi akan satu detik nanti lahirnya institusi universiti yang matang. Mereka telah bangkit Dari buk...
bismillah.... dah tau result upu , ipg , matrikulasi dah tahu mana yang patut pergi.. selamat tinggal rumah , kawan , dan ayah juga umi. doakan saya dapat berjuang di tempat ORANG.... waktu kita rasa kita dah tiada harapan ingatlah semula bahawa DIA yang merancang semua ini.... DIA SENTIASA ADA UNTUK KITA
Air matanya terus-terusan mengalir. Dia tidak dapat bertahan lagi kesedihan yang menusuk dalam hatinya cukup membuatkan dia sesak. Dia mencapai Galaxy Y nya lalu terus mendail satu nombor, dia yakin dia sudah membuat keputusan yang betul. Talian bersambung. "Assalamualaikum akak, . . . (menahan sedu) .Kiko dah mati..ika nak balik sekarang boleh ?" "Ya Allah, dah mati macam mana boleh mati? Ika ok tak ni ?" ". . . (sepi hanya kedengaran tangisan kecil) Akak, ika nak balik nak tanam Kiko depan rumah boleh kan ? Esok kelas lab takde lagi" "Boleh boleh tapi jangan drive sambil nangis. Bahaya tau." "InsyaAllah, lepas ni dah ok.Ika solat dulu lepas solat insya Allah ok" "Ok drive hati-hati,kalau lepas solat emosi tak stabil lagi jangan drive lagi tau" Talian diputuskan.Seketika dia memandang tubuh hamster kesayangannya yang sudah terkulai layu. Matanya redup dan air mata masih mengalir. Sepi sebentar bilik No 19...
Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)