Diari : Test Yang Berpanjangan


"Fuhh, alhamdulillah"

Dia mengelap peluh yang hampir jatuh dari dahinya. Memang tak menang tangan nak print semua lecture notes, bila balik je kat umah baru boleh print semuanya almaklumlah nak manfaatkan printer kat umah katanya. Gigih sungguh kan.

Gloomy .

Satu perkataan yang boleh menggambarkan suasana dan kondisinya di rumah. Hari  ini memang dah Ahad, so by hook or by crook dia memang kena pecut ke Nilai. Masa memang cepat berlalu rasa macam baru semalam Dr.Sukri cakap "ok class we dismissed" dan cuti pun bermula dengan sambutan penuh keriangan dan kemeriahan daripada pelajar-pelajar Tahun 2 Kimia. But, now that time already expired so please feel happy to say that here i come USIM. *bunyi mercun berdentam-dentum.

"Aik tak balik lagi ?" kata Ayah dengan muka yang penuh bersahaja sebab ayah takde test esok. (sungguh motip alasan ni)

"Tak lagi, macam mana iqa nak balik kalau ayah takde takkanlah nak balik macam tu je pastu kan ayah kata kereta tak servis lagi" balasnya sambil tersenyum kambing dan mengharapkan kereta cepat-cepatlah diservis sebab nak balik study . Dan andai kata ada yang bertanya kenapa nak balik kampus cepat sebab satu je sebabnya ialah "because home is too heaven" . Kann.

Mungkin sebab tu dia selalu berharap dapat tempat sambung belajar yang super jauh daripada rumah alih-alih Nilai juga rezekinya .Baguslah termakbul doa ayah bagi anak dia ni duduk dekat sikit dengan dia. Bunyi notifikasi Whatsapp dari tadi memang meriah inilah petanda esok ada test. Hal ini kerana, rata-rata rakan-rakan dan taulan pasti sedang membiakkan "butterfly" di dalam perutnya berikutan esok ada event special sangat yeay welcoming "STATISTICS" .

Minggu ni memang padat dan terbaik sangat kerana dimuatkan dengan kehadiran 4 test yang sangat best dan mengujakan. Punya poyo ayat sebab nak menaikkan semangat "HENSHIN !", from zero to hero but first thing first study dulu nakk jangan lupa, doa juga jangan lupa formula D.U.I.T

Doa. Usaha. Ikhtiar. Tawakkal

Hoping for the best,
Striving for the excellence !

Sekian, rasa macam tepu tak bapa nak tepu jugak otak ni tapi dah pening dan rasa nafas ni semput2 siput bahkan turut terbit dalam hati rasa macam nak terjun Broga . Ok senyum Allah kan ada .

Belajar lah kerana Allah bukan kerana Mid Sem Test ataupun Final Exam.

"Ciri-ciri ahli syurga itu dia meletakkan dunia di tangannya bukan di hatinya" (Petikan daripada Buku Jom Masuk Syurga) 
0140pm | 190415
Ahad

Mr.Avengers















Comments

Popular posts from this blog

nak mula hidup BARU

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Catatan Senja : Terasing