Cerita : Tentang Masa Depan (1)
3.37 pagi .
Sepi.
Pandangannya tembus ke dinding , entah apa yang difikirkannya . Fikirannya berputar ligat pula malam-malam buta begini.
"Apa pengakhiran semua ni ?" ,dia bermonolog sendirian ,hanya dia dan Allah sahaja yang tahu di saat semua rumetnya sudah lena di katil bertemankan bantal yang empuk dia masih di situ. YA. Dia masih setia di meja study sejak terjaga dari tidurnya jam 12.30 pagi tadi.
Notes dan mind-map UV-Visible Spectroscopy dan Fluorescence Spectroscopy sudah dihadam sebentar tadi almaklumlah esok dia bakal hadapi 4 ketul test memang berketul-ketul kepalanya nak cover semua yang perlu diulangkaji semula.
"Belajar ikhlas niat semua kerana Allah"
"Kau perform taw ,target Petronas biar target tinggi nanti jatuh landing tempat elok"
Satu-satu, kata-kata insan yang tersayang terngiang-ngiang di telinganya. Ini bukan yang pertama kali dia memikirkan semua ini . Diari yang dihadiahkan oleh kawannya sewaktu darjah 6 menjadi bukti ,segala perancangan masa depannya bermula dengan Plan A yang tak dapat dicapainya sehinggalah Plan B yang sedang dilaluinya.
3.50 pagi.
"Moga Allah lancarkan dan permudahkan semuanya" mata mula tertutup sedikit-sedikit ,dia bingkas bangun dari meja study .
"Tup"
Suis lampu ditekan .
Gelap .
" Dan kerana Allah bersabarlah :) "
*****
"Kadang Allah bagi jalan shortcut dan kadang jalan paling jauh tapi it doesn't mean kita akan menderita tanggung bebanan lelah seorang diri sebab adanya duri sepanjang jalan kehidupan itu sebenarnya seri "-Shafiqah

Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)