ukhuwah itu terlalu manis ^__^




ukhuwah...memang kalimah yg sgt keramat bagi saya..i think so ;)

nape title post ni tiber2 nk yg jiwang2 dan masyukk abiss ni...ntahla tiba2 teringin nk tulis tentang UKHUWAH.....lepas habis dengar kuliah maghrib kt surau mmg hati ni sgt tergerak nk wat post bertitle seperti ini...


kami serupa kan2..
landasan Islam itu sendiri ialah ukhuwah..ukhuwah2.... ukhuwah itu ape ye??
ukhuwah itu ialah persamaan dlm beberapa hal...senang citerlahh kan lagi byk persamaan kita dgn seseorang itu lagi rapatlah ukhuwah kita dgn dia...

Yang dimaksudkan PERSAMAAN itu dlm konteks agama Islam itu sendiri ialah .....

PERSAMAAN dari :

syahadah



mmg betul kan2..adakah org Islam mengucap syahadah yg berbeza...???..takkan lahh ...semuanya mengucapkan kalimah syahadah yg serupa dan sama tidak kiralah dia tue hitam ke putih ke tua ke muda ke kaya ke fakir ke..semuanya sama..

solat



semua orang Islam wajib menunaikan solat lima waktu kan....adakah terdapat mereka yg beragama Islam menunaikan solat fardhu lebih drpd lima waktu sekali sehari...xdekan..nahh kt sini dh nmpak persamaan kita kan2..semuanya sujud kepada yang Maha Berkuasa iaitu Allah. :)

zakat

salah satu daripada rukun islam iaitu menunaikan zakat.zakat pastinya ada beberapa sukatan yang perlu diikuti.Dan sukatannya memang sama dan takkan berbeze mengikut darjat mahupun golongan.

haji

orang Islam hanya akan pergi ke Makkah untuk menunaikan haji dan tempat mereka itu adalah satu iaitu disitu dan bukannya di tempat yang berlainan.Pusatnya tetap Masjidil Haram iaitu kiblat orang Islam.



ikutan



Nabi Muhammad s.aw merupakan qudwah hasanah yang seharusnya dijadikan ikutan bagi setiap umat Islam di dunia ini.Jadi kita mempunyai ikutan yang sama kan2...
"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)

salam



Sebagai orang Islam tiada ucapan yang lebih baik melainkan ucapan yang mendoakan kesejahteraan saudara kita.Ucapan itu ialah "Assalamuaalaikum"....semua umat Islam di seluruh pelusuk dunia mengucapkan ucapan yang serupa tanpa sebarang kemusykilan...

pedoman



boleh saya tanya ape pedoman kita selama ini???
pastinya "AL-QURAN" kan2...al-quran merupakan satu-satunya kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Rasulullah s.a.w kepada umat Islam seluruhnya..


Hah, tak sangka kan2 rupa2nya selama ini kita mempunyai banyak persamaan tanpa disedari...
Act, byk lagi persamaan kita....
baru saya sedar betapa " INDAHNYA ISLAM DALAM PERSAUDARAAN" kan2..lebih2 lagi persaudaraan orang yang beriman :)
Dan ingatlah dengan kita berjemaah akan turun rahmat Allah, namun apabila kita berpecah tunggu sahajalah azab daripada Allah....


Haaa,satu lagi nak share kata2 yang saya rasa  maknanya sangat mendalam walaupun menggunakan analogi yang ringkas....."jadilah kalian seperti kedua tangan, dan bukan kedua telinga.....ketika tangan kanan sakit, tangan kirilah yang akan merawatnya dan begitulah sebaliknya....analogi yang menarik bukan...^____^

insyaAllah post lain akan lebih menarik~







Comments

Popular posts from this blog

nak mula hidup BARU

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Catatan Senja : Terasing