saudara kuatlah~
iye memang jalan dakwah itu tak dihamparkan dgn karpet merah tapi dgn hamparan onak dan duri sebab itulah as daei kita kene kuat dalam berjihad...tak semestinya yang dinamakan JIHAD itu mesti kene pergi kt palestin...mesir....jihad tue luas.....malah belajar pun dinamakan jihad :)
![]() |
| mungkin kita x berjihad seperti ini.... |
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata :" Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :" Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. " (Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w sendiri merupakan seorang mukmin yang kuat...cuba kalau Rasulullah s.a.w tak bersemangat dalam berjihad, tak berani,..... mesti Islam xkan tersebar sebegini LUAS kan2..so utk menyambung semula usaha Rasulullah s.a.w, para sahabat, para tabi' dan tabie'n ini kita kene KUAT...mesti KUAT...:)
Dalam berjuang pastinya ada ujian....tiada bumi yang tidak ditimpa hujan...segala masalah kembali kepada Allah...muhasabah semula diri kita....Allah beri ujian kerana DIA sayangkan kita....
![]() |
| : B |
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (Surah Al-Baqarah : 45)
Firman Allah :
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,"Kami telah beriman", dan mereka tidak diuji? " (Surah Al-Ankabut : 2)
Dia Maha Mendengar jadi mengadulah pada Dia :).....
Semalam ustaz citer pasal sifat2 Nabi Muhammad s.a.w dalam berjuang menegakkan Islam....best SANGAT !!
jom baca sifat2 Rasulullah s.a.w :) :
SABAR
Rasulullah s.a.w memang seorang penyabar buktinya baginda sendiri merupakan antara golongan NABI ULUL A'ZMI malah merupakan ketua bagi golongan ini.
Banyak kisah yang menceritakan betapa penyabarnya kekasih Allah ini...antaranya
" ade seorang tua musyrik yang selalu ludah kt umah Rasulullah s.a.w setiap kali melewati rumah baginda, sampailah satu hari orang tua tue dah lama x lalu rumah Rasulullah.Rupa2nya orang tua tu sakit.Nabi Muhammad melawat perempuan tua tue...bila baginda melawat dia,dia menangis.Rupa2nya Rasulullah merupakan orang yang pertama datang melawatnya "time" dia sakit.At last, perempuan tua tue pun memeluk Islam sbb terpesona dan tersentuh dgn kehebatan akhlak Rasulullah...."
kisah seterusnya :
"ketika Nabi berdakwah di Thaif, orang Thaif memang tak terima baginda malah mengkhianati baginda, mengejek, menghina....sampai malaikat sedih tgk baginda dicerca dan dihina sehinggakan malaikat mempelawa Rasulullah sekiranya baginda ingin malaikat mengangkat bukit dan menghempap ke ats kepala masyarakat Thaif.....TAPI, Rasulullah taknak malah Rasulullah mendoakan mereka agar anak, cucu mereka beriman dan bejuang dalam Islam....tengoklah Thaif sekarang merupakan antara tempat masyarakatnya paling ramai memeluk Islam.."
BERANI
ketika Rasulullah dinasihati untuk menghentikan usaha dakwah, Rasulullah pernah mengatakan :
"walaupun matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku, takkan mungkin aku meninggalkan perjuangan ini.Tidak kisah sekiranya aku menang atas perjuangan ini ataupun aku binasa kerananya"
Suka duduk bersama orang miskin
Rasulullah pernah mengingatkan kita "sentiasalah bersama orang miskin "......
Suka beri hadiah pada orang
Kemurahan hati Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam memberikan hadiah untuk isterinya terbukti seperti yang digambarkan dalam hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita;
Maksudnya;"Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, "sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu." Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; "jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu." (Musnad Ahmad : 26016)
Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah SAW menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi SAW.
Maksudnya;"Ketika Rasulullah baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, "sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Sekiranya hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu." Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti bersabda Rasulullah SAW; "jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu." (Musnad Ahmad : 26016)
Hadis ini amat jelas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana Rasulullah SAW menaikkan semangat kasih sayang baginda terhadap isteri-isteri. Memberi hadiah menjadi rutin bagi Nabi SAW.
Act, byk lagi.tapi yang ni je dpt dikongsi ek !!
ape yang penting ialah "KUATKAN IMAN MU"...
Islam itu bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang...Dan berbahagialah orang yang dagang itu.:)
![]() |
| jom kuatkan IMAN :) |
~THANKS STOP BY HERE~
.jpg)






Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)