Aku mahu menulis travelog ! !
Alhamdulillah, tahun 2016 merupakan tahun yang sukar untuk aku lupakan. Mana tak nya, tahun ini sahaja aku sudah ke 2 buah negara yang sangat berbeza latar belakang dan budaya nya.
Bali, Indonesia (23/7-31/7/2016)
Tarikh ini, Allah bagi rezeki ke Bali menghadiri Bali Summer Course. Siapa sangka kan, Bali yang dahulunya satu tempat yang asing bagi aku akhirnya berjaya aku menapak disana. Inilah pertama kali aku ke luar negara. Paling menggembirakan, segala kos perbelanjaan untuk penginapan, makanan dan pengangkutan tak perlu aku fikirkan kerana sudah ditanggung sepenuhnya. Tinggal wang untuk shopping sahaja perlu duit sendiri.
![]() |
| Tanah Lot, Bali, Indonesia. |
Sydney, Australia (16/8-23/8/2016)
Ini tarikh GISO Rahmatan Lil Alamin ke Sydney, Australia. Kami ke sana waktu penghujung musim sejuk jadi nya memang dingin sekali suhunya. Sekali lagi, seperti tak percaya aku dapat meninggalkan jejak ini di kota kanggaru dan koala. Seminggu disana banyak yang aku dah belajar. Jumpa kawan Aussie pertama dalam train nama dia "Chloe", betul rasanya ejaan macam ni. Chloe is a girl. She is so kind. Menyesal sedikit tegur dia lambat even duduk sebelah-sebelah sebab masa tu aku ngantuk dalam train jadi aku mengambil keputusan untuk tidur dahulu. Dan, end up menyesal sebab tak dapat berbual lama dengan Chloe. Sobss.

wuhuu, esbi, munana ni hoho
ReplyDelete