Hikayat Seorang Part Timer (Bahagian I)


Ini bukan hikayat penglipur lara kerana penulis bukanlah dari kerajaan dongeng sezaman dengan Pinocchio mahupun Cinderella dan jauh daripada Jack and the Bean yang pasti inilah kisah part time seseorang yang 'so called' 3rd year student (2016 lepas) QAWIY lillahitaala insya Allah.

Ni semua sebab GISO, kalau tak tiadalah seorang AKU ini gigih untuk bertungkus lumus dan berhempas pulas tak cukup tanah cari kerja part time dekat mana-mana tanpa mengira apa sahaja pekerjaan tapi HALALAN TOYYIBA lah kan. Pun begitu, aku yakin ada hikmah disebalik semua ini. Yang jelas, networking aku makin bertambah dan aku mula banyak belajar berkomunikasi dengan orang dan 'how to deal with a person' yang memang kita tak pernah kenal dan tak pernah sangka akan jumpa mereka ini.

Dari mula terima pekerjaan sebagai penjual buku dihadapan sekolah rendah, pengalaman tu "Ya Allah" tak tergambar sangat. Penat tipulah tak penat, mesti lah penat kan tapi rasa macam 'ALIVE' bila dapat tengok future generation yang sekarang tengah sekolah rendah lagi. Bila pandang mereka ni, aku nampak sisi-sisi mana yang akan mengisi posisi-posisi hebat pimpinan negara akan datang. Cewaahhh sungguh kan aku ni.

"Akak kenapa akak dekat sini, akak takde duit ke nak belajar ? Akak miskin ya?" (Dialog 1)

"Akak, akak belajar Kimia? Kimia tu yang buat bom tu kan?" (Dialog 2)

"Buku ni berapa? Saya ada 2 ringgit ja?" (Dialog 3)

Itulah antara dialog yang famous budak² sekolah ni tanya, terhibur betul dengan depa ni. Tapi, sedih jugaklah bila ada budak tak cukup duit nak beli buku 😭 . Dan, selalunya aku yg akan bayarkan , takpa aku yakin dengan usaha aku ni budak tu boleh membaca rather than main gajet manjang ja kan.Takpalah different dari orang lain, nerdy sket tapi takpalah "reading is life".

Tu part-time jual buku, next part time Cikgu tadika 😂

Budak² ni kan suka



****

OK nanti aku sambung entry ni mata dah penat ya kawan-kawan, mari kita pandang pokok-pokok nan kehijauan untuk memulihkan penglihatan yang mula kabur ini.


****akan bersambung. . .

Comments

Popular posts from this blog

nak mula hidup BARU

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Catatan Senja : Terasing