Puisi : Separa Introvert
Aku jalan,
Nampak kau,
Aku syak kau resah .
Aku perhati kau lagi,
Cuba membaca cerita kehidupan,
Yang sarat dengan harapan .
Kita di tempat yang sunyi,
Jauh dari hiruk pikuk manusia dan benda,
Kau diam,
Buat aku terasa kelam .
Burung cuba bergurau dengan kita,
Aku tertawa,
Tapi kau hanya pandang tanpa rasa .
Aku mula bersangka,
Kisah kau pasti derita .
Angin mula bertiup ramah,
Dan waktu itu baru kau sedar,
Aku wujud disitu,
Masih setia bersandar di bangku usang .
Kau tersenyum,
Aku juga,
Dan kita mula menyapa .
ShafiqahBarudin
5th May 2015

Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)