Short Story : Believe.
"Tup..tup" ,perlahan -lahan dia berjalan pulang sambil fikirannya ligat memikirkan semula apa yang telah dijawab olehnya di dalam dewan sebentar tadi. Sekali-kali dia melihat temannya yang lain, kelihatan mereka bahagia .
Sesampai di bilik, dia pandang kertas yang ditampal olehnya di jeriji tingkap
"Usaha->Doa->Tawakkal" . Itu ucapan salah seorang adik usrahnya untuk dia ,dia tersenyum entah kenapa segala gusar itu hilang. Dia memandang skrin Galaxy Y kepunyaannya. Terdetik dalam hati "Dah lama tak buka whatsapp, sure banyak noti nanti tapi takpelah nak bukak lah sekejap" . Sementara dia ke tandas untuk mengambil wudhu' sahaja dia biarkan noti yang bakal masuk bertambah-tambah begitu sahaja ,maka berlambaklah noti masuk berdesup tanpa dijemput .
Usai solat, dia memandang skrin telefon bimbitnya dan membuka aplikasi whatsapp . Scroll punya scroll dia tertarik nak baca noti dalam satu group ni . Baca punya baca , dia dapat tahu ada kawan yang jawab tak complete , tiba-tiba dia terfikir jawapan dia sempurna atau tidak . Tak tenang jiwa nya, pusing kiri pusing kanan cuba berfikir apakah jawapannya sempurna atau tidak. Dia termenung sambil memandang langit , "Aku dah usaha, Allah mesti tolong". Dia merungkai semula satu-satu perkara, penat lelahnya mengulangkaji matapelajaran tersebut ,akhirnya hatinya terdetik "Kenapa aku risau kan aku kata aku usaha yang terbaik kerana Allah , tuntut ilmu kerana Allah, exam kerana Allah, kenapa aku tak yakin Allah akan berikan yang terbaik untuk aku ?" . Dia kembali tersenyum ,dan berkata"Usaha dan ikhtiar bahagian aku, hasilnya bagaimana itu serahkan kepada Allah, insya Allah yang terbaik untuk aku . Aminn" .
"some flowers grow best in sun others do well in shade, Allah always know what is best for us so He puts us where we grow the best "
![]() |
| PrayFor"Dia" |

Comments
Post a Comment
Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)