Saya ada Crush

Bismilllah ,
Wahhh wahh tajuk entry kali nie macam agak fuiyoo . . fuiyoo . .

APA CRUSH ??

Erm .. erm ,
Tipulah kalau zaman bebudak dulu2 kala tak pernah suka kat sesape kan . Haa , tu yang segan-segan , blushing - blushing tue mesti teringat punya kan . Ok2 , bagi adik-adik yang masih kecil bawah umur yang sebaya dgn adik sye yakni 12 years and below boleh tanya kat abg2 dan kakak2 kat luar sana crush itu apa.
Is it Candy Crush Saga or different thing ? ?

Alkisahnya ,
Dulu kala zaman bebudak hingusan + tudung senget + bwk beg berat2 lagi  .  .
Banyak member - member sye yg bercerita mengenai CRUSH mereka
Macam2 ceghita ada

CERITA 1 :

Member : Haaa, nah tengoklah gambar Justin Bieber ( dlm Bintang Kecil ) ni , JB nie mmg dah  lama jadi crush kite taw. Kita suka dia nyanyi , adore sangat dan bla .  . bla . .

CERITA 2 :

Dibalik tiang kantin sekolah kebangsaan , waktu rehat . .

Member : Nampak tak , budak yang tengah makan burger berdiri tu . .

Aku : Yang mana ek ?
          Hmmm , ramai sangat lah awak yg makan burger berdiri *konfius + rabun

Member : Alaaahh , yang pengawas tu lahh , yang pakai spek tu . Smart kan ??
                *muka shining

Aku : Ohhh nampak lah , Wahhh betullah smart lah jugak sikit . .

**See , sampai aku pun terpengaruh . Ini pengaruh rakan sebaya ini . . Ishhh3

CERITA 3 :

Member : Wehhh , asyik2 kita je yang cerita , awak tak penah suka sesapa ke ?
               *soalan cepumas

Aku : Erm , ada lahh ( sambil buat muka poyo )

Member : Sape ?? Owhh senyap2 pun ada jugak ea

Aku : Erm , nama dia Kamaruzaman

Member : Sape tue ? Pengawas ek ?

Aku : Hmm , sebenarnya kita pun tak tahu siapa dia . Takdelah nama tue ada dalam drama . Macam popular
je nama tu . Hehe *innocent face ( dasar budak skema macam nilah )

Member : =.=''' . . Owhh okayy  (. . . . . )

Memang hakikatnya , banyak je crush di luar sana tapi bila difikirkan semula iya , siapa yang patut dijadikan crush ea . . . Setelah akal ligat berputar 360 darjah dan jiwa mula menyusun kata-kata yang terbit dari hati . Alhamdulillah , akhirnya jumpa juga satu jawapan yang memang menepati skema jawapan . InsyaAllah . .
Lepas ni , kalau ada sesapa tanya lagi , inilah jawapan yang paling tepat . Confide ! 

"Siapa crush awak ? "
"Crush saya , Rasulullah S.A.W ^-^ "
YA , cukup segak jawapan tu dan cukup meyakinkan .

We miss you RASULULLAH 

*senyum :)
 senyum itu sunnah bukan 
 moga entry ini dapat mengetuk pintu hati 
 dan membuka kunci bibir 
 untuk selawat kepada Rasulullah SAW . .

Comments

  1. kamaruzaman. hmm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamaruzaman tiada kaitan antara yg hidup atau yg mati . Adapun Kamaruzaman hanyalah nama2 watak dalam drama waktu kekecik dulu. *ayat mcm terjemahan arab ke melayu pulak.

      Delete

Post a Comment

Alhamdulillah dah baca kan. tinggalkan lah jejak anda dgn beri komen sedikit sahaja jika perlu mengaranglah :)

Popular posts from this blog

nak mula hidup BARU

Cerita : Nangis itu Bahasa Cinta

Catatan Senja : Terasing