Hujan itu menjadi PERANTARA
bismillahirrahmaanirrahiim....
tatkala aku leka,
dibuai kemewahan dunia yang sementara,
mahligai ku dihempap air yang tertumpah dari langit,
makin lama makin lebat,
makin lama makin kuat hentakan,
lama untuk aku sedar bahawa mahligai ku di sapa air hujan,
hujan yang ku sangka hanya bergurau menjadi satu petaka bagiku..
kilat sabung menyabung,
pasti banyak syaitan-syaitan yang menyorok di celahan dunia,
terdetik dalam hatiku,
bagaimana jika akulah yang menjadi habuan kilat yang semakin lantang dan tidak segan muncul di hadapan mata ku....
tika waktu itu,
aku terus kembali ingat akan Dia yang mencipta ku dan mencipta hujan ini,
aku beristighfar dan hampir menghamburkan mutiara yang jernih dari mata ku...
aku takut kerana aku belum bersedia untuk itu,
betapa aku pentingkan diri aku ini sehinggakan waktu itu,
aku masih tidak malu untuk memberi alasan,
sedangkan Dia yang mencipta ku,
Dia layak mengambil aku bila tiba masanya......
hati aku gemuruh,
badan ku bergetar,
hanya menunggu titik peluh keluar dari liang roma kulit ku kerana ketakutan,
aku terlelap......
Akhirnya Dia mematikan aku juga,
tapi Dia memang Maha Pengasih,
Dia masih ingin aku kembali bertaubat,
kembali semula kepadaNya,
mengikut jalan yang diredhaiNya......
aku membuka mata ku,
Hujan makin ramah dan lembut kedengaran,
hujan yang tadinya garang telah pun bertukar menjadi hujan yang penuh rahmat.....
terima kasih Allah,
kau menegur ku dengan cara yang begitu tersentuh,
mungkin aku tak tersedar bahawa aku sudah semakin jauh,
jauh dari Engkau....
dan kau mengatur hujan untuk ku,
agar menjadi perantara untuk membuka hati ini,
supaya kembali dekat kepada Mu........
InsyaAllah :)
![]() |
| self reminder for me and you |


assalamualaikum,iqa.setelah sekian lama kita menanti entri iqa,akhirnya muncul jua.suka2.sangat mmberi keinsafan.^-^
ReplyDeletebiasa je la awak..blog kite ni x attractive sgt huhu..selagi dpt berkongsi kite akan kongsikn ape je yg berfaedah ^^
ReplyDelete