Cerita : Layyin Berjiwa Maskulin Yang Sado


Assalam, 

Sekarang study week and memasing mula berada dalam gua seakannya macam "sorry i need privacy".

Normal. 

Tiada apa cuma tinggalkan perkhabaran bahawa akan sunyi sebentar, fokus untuk final examination yang super daebak dengan penampilan subjek-subjek yang tough dan core. 

*ok sebenarnya nak cerita betapa nomadnya aku sepanjang study week ni.

Dan, semalam tanpa tersengaja aku tak perasan yang hanya bilik tutorial aku yang bernyala di FST neh sedang yang lain gelap gelita . ALLAH ! . Hmm, tak perasan lagi masa nak solat maghrib kat surau tu, then lepas otw dari surau ke kelas semula tetiba rasa macam kenapa sunyi sangat neh. Eheh.

Tapi aku gagahi jua ,terus melangkah dengan muka ketat dan jalan memang tak pandang depan (praktis ghadul bashar tapi takde orang). Akhirnya sampai dengan jayanya, masuk kelas macam macam aku piker dan alhamdulillah fikiran masih stabil lalu aku dengan degilnya terus duduk kat kelas nak habiskan juga chapter inorganic neh. Penat tahu penat. Tapi apakan daya no pain no gain.

Lama jugak lah stay nya, tak perasan dah berapa video lecturer aku khatam kat Youtube tu ditambah dengan kerajinan menghabiskan exercise dan past year by topic memang luar biasa sangat malam semalam sampai aku hanyut tak perasan dah nak pukul 10 malam . 

Cuba bayangkan, sedang ralit belajaq dan that time hang baru perasan yang hang keseorangan di tingkat 4 dalam bilik tutorial hujung sekali dan bila hang buka pintu kelas , lampu sepanjang lorong bilik tutorial macam hidup segan mati tak mahu (ala-ala lampu hospital yang setengahnya terbakar , yang lain kelip-kelip macam nak mati). GULP ! 



Rasa macam nak tidur je dalam bilik tutorial tu dengan sepenuh keyakinan hari esok bakal muncul dengan cepat, matahari kan mula menyinar dan ini semua MIMPI . Ishh sempat lagi poyo waktu-waktu seram neh. 

Disebabkan jam pun dah pukul 10 malam, memang aku terpaksa redah sahaja segala ketakutan ini . Chill girl, chill ini semua campus life, bila lagi nak rasa bila lagi "tell me now"(aku tak nak rasa dah pelis). Berdesup aku jalan, rasa macam nak lari but beg ni memang berat sangat ntahla aku bawak bekalan makanan banyak nau lah kot aduii, tu yang susah nak cepat. Hmm.

Rasa macam lega tu hanya Allah yang tahu setelah mengharungi kaki lima sepi tingkat 4 FST, ingat boleh la hormon adrenaline aku stabil semula rupa-rupanya azab ini belum habis . Lif ni lambat pulak malam neh, ruang tunggu lif ni pun kenapa lah ye tiada lampu hmm memang saja sangat la kan pakguard nak save current time neh jugaklah. ALLAH .

Dalam lif ada cermin, selalu aku suka je curi-curi tengok cermin nak baiki cap tudung (tiup-tiup sket) tapi malam semalam cermin tu sikit pun aku tak pandang ,tak nak pandang taknak. Selamat sampai ground floor disambut dengan kehambaran tempat parking , ternyata kereta aku je yang masih disitu dan ternyata aku seorang diri mereput di FST (apakah apakah) tapi terperasan ada kereta Umi Prof Norita lah. Entah kenapa hati mula berbunga bila dapat tahu umi ada kat FST lalu aku dengan senangnya terus buka aplikasi whatsapp dan menghantar mesej kepada umi ;
"Assalam umi , saya ternampak kereta umi masih di FST. hati-hati pulang nanti umi :)"
Ingatkan aku seorang sahaja yang praktis "layyin berjiwa maskulin" malam semalam,rupa-rupanya Umi Prof Norita pun ada juga rupanya. Kita geng prof . Yeay ada geng. Alhamdulillah.

Pastu, Avengers pun mula berdesup meninggalkan FST bersama tuannya yang sado (kot laa sado tu kot laa kan) .

Pastu, dah habis. Moga dapat menghiburkan hari anda. Ibrahnya, ingatlah Allah dengan sebanyak-banyak nya (Surah Al-Ahzab)

Comments